Angin kencang 'alihkan' pesawat Boeing 737 American Airlines dari landasan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: aviationbrk/X
TEXAS: Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan Lapangan Terbang Fort Worth di Dallas ketika ribut membadai wilayah itu.
Ribut pada Selasa (28 Mei) turut menyebabkan hujan batu, termasuk tiupan angin sekencang 153 kilometer sejam di Dallas-Fort Worth dan kawasan sekitarnya.
American Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan beberapa pesawatnya yang berada di pakir landasan lapangan terbang terjejas akibat angin kencang.
Setakat ini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana kesemua pesawat berkenaan dalam keadaan kosong.
Pasukan penyenggaraan American Airlines sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan akan membuat segala pembaikan yang diperlukan.
Lapangan terbang tersebut telah membatalkan 202 penerbangan dan menangguhkan 500 penerbangan lain semasa cuaca ekstrem itu melanda.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.