Anggota utama ASEAN tidak hadir rundingan dengan Myanmar anjuran Thailand
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Pool/Willy Kurniawan)
BANGKOK: Beberapa negara anggota ASEAN tidak akan menghadiri perbincangan damai tidak rasmi dengan pegawai Myanmar, seperti yang dicadangkan oleh kerajaan sementara Thailand.
Rundingan dua hari itu diadakan oleh Thailand di Pattaya pada Isnin (19 Jun).
Menteri Luar Myanmar yang dilantik junta, Than Swe, akan hadir pada rundingan tersebut, dua sumber yang mengetahui tentang mesyuarat itu memaklumkan kepada Reuters.
Lewat petang Ahad (18 Jun), Kementerian Luar Thailand mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa "dialog tidak rasmi" itu akan bermula pada Isnin. Ia bukanlah mesyuarat rasmi ASEAN, kata kementerian itu, namun akan "bantu menyokong usaha ASEAN" untuk menamatkan keganasan di Myanmar.
Kementerian Luar Thailand juga menyatakan wakil peringkat tinggi dari Laos, India, China, Brunei dan Vietnam dijangka hadir.
Pengkritik menyifatkan mesyuarat itu tidak wajar, kerana ia bukan sebahagian daripada inisiatif perdamaian rasmi ASEAN yang bertujuan menamatkan keganasan di Myanmar, yang dikenali sebagai "konsensus lima perkara".
Sejak hampir dua tahun lalu, ASEAN tidak mengundang pemerintah tentera Myanmar ke sidang-sidang peringkat tingginya.
Ia berikutan kegagalan Myanmar melaksanakan rancangan damai lima perkara yang diusahakan ASEAN bagi negara itu.
Reuters melaporkan bahawa Indonesia selaku Pengerusi ASEAN telah menolak untuk menghadiri mesyuarat yang dicadangkan dan Kementerian Luar negeri Indonesia berkata bahawa mereka "tidak mengetahui" mengenai jemputan itu.
Sementara itu, Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan, dalam sidang media bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, di Washington, berkata 'terlalu awal untuk libat urus semula dengan junta pada peringkat persidangan ataupun peringkat menteri luar' kerana tidak ada petunjuk keadaan di Myanmar pulih selepas lebih dari dua tahun.

Sumber : CNA/MM/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.