Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota trafik cedera dilanggar ketika jalankan siasatan di lokasi kemalangan

Seorang penolong pegawai penyiasat trafik cedera dilanggar sebuah kereta ketika menjalankan siasatan di lokasi kemalangan di KM273.3 berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan pagi ini (28 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota trafik cedera dilanggar ketika jalankan siasatan di lokasi kemalangan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 28 Oct 2019 04:36PM Dikemas Kini : 28 Oct 2019 04:40PM

SEREMBAN: Seorang penolong pegawai penyiasat trafik cedera dilanggar sebuah kereta ketika menjalankan siasatan di lokasi kemalangan di KM273.3 berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan pagi ini (28 Okt).

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, DSP Azrul Hisham Mohd Shaffie berkata, kejadian berlaku ketika anggota itu, Encik Kamarolzaman Isha, 51 tahun, yang juga Penolong Pegawai

Penyiasat Trafik Sektor 4 Lebuhraya Utara Selatan, baru sahaja tiba di tempat kejadian.

Beliau berkata, Encik Kamarolzaman menerima aduan pada pukul 6.30 pagi berhubung kemalangan membabitkan lima kenderaan iaitu kereta Proton Iswara yang dipandu di lorong tengah gagal dikawal dan melanggar belakang sebuah kereta Volkswagen lalu terbabas di lorong kanan sebelum dirempuh tiga kenderaan lain.

Pemandu Proton Iswara cedera ringan manakala penumpangnya maut di tempat kejadian.

“Ketika anggota (Kamarolzaman) tiba di lokasi kejadian dan meletakkan kenderaan polis jenis Proton Saga di lorong kecemasan iaitu lorong kiri, anggota itu keluar untuk membuat siasatan di tempat kejadian.

“Tiba-tiba sebuah kereta Toyota Corolla yang dipandu seorang lelaki di lorong paling kanan, hilang kawalan, bergesel dengan sebuah lori dari lorong tengah sebelum terbabas ke lorong kiri dan melanggar anggota trafik dan kenderaan polis di lorong itu,“ katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Akibat perlanggaran itu, anggota trafik itu tercampak ke atas jalan raya dan mengalami kecederaan di bahagian kepala serta beberapa anggota badan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan