Anggota tentera maut terkena tembakan pemburu semasa latihan di Sarawak
Anggaran Waktu Membaca:
KAPIT: Seorang anggota tentera Malaysia maut akibat terkena tembakan dipercayai dilepaskan oleh orang awam yang sedang memburu binatang di kawasan hutan KM 8, Jalan Balak Multiplus, Song, awal pagi Isnin (23 Sep).
Ketua Polis Daerah Song DSP Rowney Michael Jalak berkata Petrus Linggi Liman, 29 tahun, mengalami kecederaan parah pada bahagian paha dan punggung kiri.
Beliau berkata mangsa ketika itu sedang berada di atas buaian (hammock) sewaktu menyertai latihan taktikal pasak bumi di kawasan hutan berkenaan.
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Kapit untuk mendapatkan rawatan namun telah disahkan meninggal dunia pada pukul 7.43 pagi oleh pegawai perubatan hospital tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Menurutnya, polis sebelum itu menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 2.45 pagi.
“Setakat ini suspek belum lagi dikenal pasti. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang berusaha mengesan suspek.
Bedah siasat ke atas mayat mangsa dilakukan pada Selasa di Hospital Kapit.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.