Anggota tentera hilang di hutan simpan di Ipoh tiga hari lalu masih belum ditemui
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/Polis Perak
IPOH: Seorang anggota tentera dilaporkan hilang ketika menjalankan tugas operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum, dekat Gerik, Jumaat lalu (7 Apr).
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, dalam satu kenyataan pada Isnin (10 Apr) berkata anggota tentera berusia 33 tahun adalah dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang.
Menurutnya, pihaknya menerima laporan kehilangan anggota berpangkat Koperal itu pada jam 12.50 tengah malam, pada Ahad (9 Apr).
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak hari pertama kehilangan dan sehingga kini anggota tersebut belum ditemui.
"Hasil siasatan awal polis mendapati kejadian kehilangan berlaku Jumaat lalu pada jam 5.00 petang semasa mangsa bersama lima anggota lain menjalankan operasi di kawasan penugasan,” katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.