Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota Taliban dilarang bawa senjata ke taman hiburan

Anggota Taliban tidak lagi dibenarkan membawa senjata di taman hiburan sekitar Afghanistan, kata jurucakap kumpulan itu pada Rabu (2 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota Taliban dilarang bawa senjata ke taman hiburan

Anggota Taliban berkawal di Kabul, Afghanistan, pada 20 Oktober 2021. (Gambar fail: WAKIL KOHSAR/AFP)

Diterbitkan : 03 Feb 2022 01:04PM Dikemas Kini : 03 Feb 2022 01:04PM

KABUL: Anggota Taliban tidak lagi dibenarkan membawa senjata di taman hiburan sekitar Afghanistan, kata jurucakap kumpulan itu pada Rabu (2 Feb).

Langkah tersebut dilihat sebagai satu lagi usaha Taliban untuk memberi imej lebih positif pemimpin baru Afghanistan itu, lapor Reuters.

Menurut jurucakap utama Taliban, Zabihullah Mujahid melalui Twitter mereka juga tidak dibenarkan memakai pakaian seragam dan kenderaan tentera semasa berkunjung ke taman hiburan.

"Mereka perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di taman hiburan," katanya.

Antara daya tarikan yang menjadi tumpuan anggota Taliban adalah taman hiburan terbesar di Kabul dan taman tema air Qargha, di pinggir Kabul.

Anggota Taliban dilaporkan beratur untuk menaiki permainan di taman tema dengan senjata automatik berada di sisi mereka menyebabkan orang awam gementar.

Kebanyakan anggota Taliban yang ditemu bual Reuters berkata, mereka tidak pernah ke Kabul sehinggalah Taliban mengambil alih Afghanistan pada 15 Ogos tahun lalu.

Ini menyebabkan mereka teruja untuk berkunjung ke taman berkenaan sebelum kembali bertugas di bahagian lain negara itu.

Sumber : Reuters/SU/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa