Anggota Republican saling bertelagah jelang tarikh akhir subsidi 'Obamacare' di Amerika
Satu subsidi jagaan kesihatan persekutuan Amerika Syarikat yang diperluas semasa pandemik dan dijangka berakhir pada 31 Disember, nampaknya tidak akan dilanjutkan setelah pemimpin Republican pada Rabu (17 Dis) berdepan bantahan dalam partinya sendiri yang menggesa supaya subsidi 'Obamacare' yang disokong oleh parti Democrat dilanjutkan.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Satu subsidi jagaan kesihatan persekutuan Amerika Syarikat yang diperluas semasa pandemik dan dijangka berakhir pada 31 Disember, nampaknya tidak akan dilanjutkan setelah pemimpin Republican pada Rabu (17 Dis) berdepan bantahan dalam partinya sendiri yang menggesa supaya subsidi 'Obamacare' yang disokong oleh parti Democrat dilanjutkan.
Dengan undian 204-203, Dewan Perwakilan mengundi untuk menghalang cubaan saat-saat akhir oleh Democrat, yang dibantu oleh empat anggota Republican, untuk memaksa undian segera dijalankan bagi melanjutkan tempoh subsidi Akta Penjagaan Dimampui selama lagi tiga tahun.
Anggota Democrat membantah dengan lantang, sambil menuduh kepimpinan Republican menamatkan undian lebih awal sedang beberapa anggota masih cuba untuk mengundi.
"Itu keterlaluan," kata wakil Democrat Jim McGovern dari Massachusetts terhadap kepimpinan Republican.
Sebahagian daripada 24 juta warga Amerika yang membeli insurans kesihatan menerusi program ACA, yang lebih dikenali sebagai Obamacare, mungkin berdepan kenaikan kos secara mendadak mulai 1 Januari jika Kongres tidak mengambil tindakan.
Wakil Democrat Rosa DeLauro dari Connecticut berkata Democrat sedang cuba untuk mengundi sebelum undian ditutup.
“Dengar sini, ini satu permainan politik dengan nyawa orang menjadi pertaruhan,” kata Cik DeLauro. “Mereka membuangnya begitu sahaja.”
Seramai 26 anggota Dewan masih belum mengundi - dan sebahagiannya sedang berusaha untuk berbuat demikian - apabila kepimpinan Republican menamatkan undian tersebut pada Rabu.
Tindakan itu jarang berlaku tetapi bukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan untuk menamatkan undian yang dipertikaikan.
Pergelutan politik itu dijangka berterusan pada Rabu, dengan Rang Undang-Undang Jagaan kesihatan berasingan yang didorong Speaker Dewan, Mike Johnson dan para pembantunya.
Rang Undang-Undang Kepimpinan Republican itu bertujuan menurunkan premium bagi sesetengah pihak namun mengurangkan subsidi keseluruhan dan menaikkan premium bagi pihak lain mulai Januari 2027.
Ia juga akan meluaskan akses kepada pelan kesihatan persatuan, yang membolehkan perniagaan kecil, pekerja bebas dan individu yang bekerja sendiri untuk mengumpulkan sumber bagi membeli insurans kesihatan berkumpulan pada harga lebih rendah.
Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) yang tidak berpihak pada Selasa menyatakan rang undang-undang itu akan mengurangkan bilangan individu yang memiliki insurans kesihatan dengan purata 100,000 orang setahun hingga 2035.
Langkah penjimatan tersebut dijangka bantu mengurangkan defisit persekutuan sebanyak AS$35.6 bilion (S$45.97 bilion), menurut CBO.
Terdahulu, kepimpinan Republican mendekati beberapa anggotanya yang bekerjasama dengan Democrat menerusi perbincangan yang tegang, dan saling menuding jari.
Di lantai Dewan, Ketua Majoriti Steve Scalise dilihat mendekati wakil Mike Lawler dari New York.
Encik Johnson pula mendekati wakil Kevin Kiley dari California bagi mendapatkan penjelasan, susulan kritikan Encik Kiley terhadap pendekatan kepimpinan tersebut berhubung rang undang-undang penjagaan kesihatan itu.
Dalam ucapannya kemudian, Encik Kiley berkata beliau akan menyokong rang undang-undang penjagaan kesihatan Republican yang disasarkan itu meskipun mempunyai keraguan.
“Rang undang-undang ini tidak menangani masalah mendesak di hadapan kita, iaitu 22 juta orang bakal membayar lebih banyak untuk insurans kesihatan,” kata Encik Kiley.
Dengan majoriti tipis 220-213, Speaker Dewan Mike Johnson berdepan kesukaran untuk menyatukan ahli partinya, dan beberapa kali melihat para anggota menggunakan taktik yang cuba dilaksanakan parti Democrat, yang dikenali sebagai “petisyen pelepasan” untuk memintas beliau.
Senat, yang juga dikuasai parti Republican pimpinan Presiden Donald Trump, minggu lalu menolak dua pelan oleh parti Republican dan Democrat untuk membincangkan subsidi berkenaan.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.