Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota polis maut ditembak sekumpulan lelaki di Pattani

Anggaran Waktu Membaca:
PATTANI: Seorang anggota polis yang bertugas di pondok pengawal landasan kereta api maut ditembak sekumpulan lelaki di Khok Pho, Pattani, selatan Thailand.

Dalam kejadian kira-kira 12.00 tengah hari Sabtu (10 Jun), anggota polis yang berusia 22 tahun itu bersama dua lagi pegawai State Railway of Thailand(SRT) sedang bertugas di pondok pengawal landasan kereta api.

Ketua Polis Na Pradu Kol.Pol.Chatchai Chanasit berkata enam lelaki yang menyamar sebagai wanita lengkap bertudung, menunggang tiga buah motosikal melepaskan tembakan ke arah pondok pengawal terbabit.

“Anggota polis itu terkena tembakan di bahagian kepala dan badan manakala dua lagi pegawai SRT dilaporkan selamat. Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Khok Pho kemudian disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau menambah bahawa suspek turut merampas pistol milik mangsa sebelum melarikan diri.

“Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan