Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota polis berkerusi roda menangis datang mengundi dalam PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Seorang anggota polis yang lumpuh separuh badan Sarjan Azmi Abdul Rani, 53 tahun, tidak dapat menahan kesedihan selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam pada Selasa (15 Nov).

Beliau yang datang dengan berkerusi roda, tiba kira-kira pukul 10.00 pagi Selasa dan dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk ke dewan mengundi.

Encik Azmi berkata beliau lumpuh sebelah kanan badannya disebabkan penyakit darah tinggi dan kencing manis.

"Saya sedih sangat, dulu masa bertugas, datang mengundi lain (sihat) tetapi sekarang datang ke sini dengan berkerusi roda, rasa berbeza sangat. Ingat akan tanggungjawab kepada negara, saya hadir hari ini," katanya kepada pemberita di Shah Alam pada Selasa (15 Nov).

Katanya ini adalah pengalaman terakhirnya untuk mengundi awal sebagai seorang anggota polis kerana akan bersara pada Mei depan.

Encik Azmi antara 1,818 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia bagi kawasan Parlimen Shah Alam yang mengundi awal pada Selasa di IPK Selangor.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan