Skip to main content

Dunia

Anggota pengaman Indonesia PBB terbunuh, sebahagian cedera di selatan Lubnan

Misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) menyatakan seorang anggota pengaman terbunuh apabila sebutir peluru meletup di salah satu pos kawalan berhampiran kampung Adchit al-Qusayr pada Ahad (29 Mac). Seorang lagi anggota cedera parah dalam kejadian tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota pengaman Indonesia PBB terbunuh, sebahagian cedera di selatan Lubnan

Pasukan pengaman PBB bersama Pasukan Sementara PBB di Lubnan (UNIFIL) memandu lalu di kawasan Nagura di selatan Lubnan pada 27 Mac 2026. (Gambar fail: AFP/Kawnat Haju)

Diterbitkan : 30 Mar 2026 01:05PM Dikemas Kini : 30 Mar 2026 01:18PM
LUBNAN: Misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) menyatakan seorang anggota pengaman terbunuh apabila sebutir peluru meletup di salah satu pos kawalan berhampiran kampung Adchit al-Qusayr pada Ahad (29 Mac). Seorang lagi anggota cedera parah dalam kejadian tersebut.

Kementerian Luar Indonesia mengesahkan bahawa anggota yang terbunuh itu adalah warga negara Indonesia, manakala tiga yang lain cedera akibat tembakan meriam berhampiran kawasan kontingen Indonesia. UNIFIL kini sedang menyiasat punca letupan tersebut.

UNIFIL bertugas di selatan Lubnan untuk memantau kawasan sempadan dengan Israel, yang kini menjadi pusat pertempuran antara tentera Israel dan pejuang Hezbollah. Misi ini dijadualkan tamat pada hujung tahun 2026.

Sebelum ini, pada 6 Mac, markas pengaman dari Ghana juga terkena serangan peluru berpandu yang mencederakan dua askar. Tentera Israel kemudian mengaku bahawa tembakan kereta kebal mereka terkena kedudukan PBB tersebut semasa membalas serangan daripada Hezbollah.

Indonesia mengecam keras kejadian ini dan menegaskan bahawa sebarang serangan terhadap pasukan pengaman adalah tidak boleh diterima. Indonesia juga sekali lagi mengutuk serangan Israel di Selatan Lubnan.

Konflik di Lebanon semakin meruncing selepas Hezbollah melancarkan roket ke arah Israel pada 2 Mac sebagai tanda perpaduan terhadap Tehran, selepas Iran diserang oleh Israel dan Amerika Syarikat.
Sumber : Reuters/NK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita