Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota pembangkang Thailand diarahkan padam kritikan bekalan vaksin COVID-19

Sebuah mahkamah Thailand mengarahkan seorang ahli parlimen pembangkang utama agar memadamkan tuduhan di media sosial bahawa dasar vaksin koronavirus negara itu tidak telus dan secara tidak adil memberi keutamaan kepada syarikat milik raja, umum kerajaan pada Ahad (31 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota pembangkang Thailand diarahkan padam kritikan bekalan vaksin COVID-19

Anggota pembangkang Thailand Thanathorn Juangroongruangkit semasa satu sidang media di Bangkok pada 21 Jan 2021 (Gambar: Reuters/Athit Perawongmetha)

Diterbitkan : 01 Feb 2021 01:10PM Dikemas Kini : 01 Feb 2021 01:23PM

BANGKOK: Sebuah mahkamah Thailand mengarahkan seorang ahli parlimen pembangkang utama agar memadamkan tuduhan di media sosial bahawa dasar vaksin koronavirus negara itu tidak telus dan secara tidak adil memberi keutamaan kepada syarikat milik raja, umum kerajaan pada Ahad (31 Jan).

Bagaimanapun, Gerakan Progresif Thanathorn Juangroongruangkit menafikan video tersebut melanggar undang-undang dan menggesa YouTube dan Facebook supaya melindungi kebebasan bersuara.

Klip itu masih boleh ditonton pada lewat hari Ahad.

Kementerian Digital Thailand menyatakan Mahkamah Jenayah memutuskan bahawa catatan Encik Thanathorn di media sosial dan laman web gerakannya boleh menjejas keselamatan negara.

Video tersebut menuduh pemerintah Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha kurang telus dalam membenarkan Siam Bioscience, yang dimiliki oleh Raja Maha Vajiralongkorn, untuk membekalkan kebanyakan dos walaupun mempunyai kurang pengalaman berhubung vaksin.

Siam Bioscience menerima subsidi 600 juta baht (S$26.7 juta) untuk mengembangkan keupayaan menghasilkan vaksin AstraZeneca di dalam negeri dan di seluruh Asia Tenggara.

Mahkamah tidak mengulas ketika dihubungi Reuters.

Gerakan Encik Thanathorn menyatakan pihaknya belum menerima keputusan mahkamah itu. "Kami terus menekankan bahawa kandungannya tidak palsu atau menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara," tulis Pannika Wanich, seorang anggota Gerakan Progresif yang terkemuka, di Twitter.

"Kami berharap YouTube dan Facebook akan mempertahankan hak dan kebebasan bersuara."

Encik Thanathorn dilarang menyertai politik selama 10 tahun selepas sebuah mahkamah membubarkan Parti Future Forward yang disertainya tahun lalu berhubung pinjaman yang dianggap tidak sah. Beliau menolak tuduhan itu.

Kini kerajaan mengemukakan kes terhadapnya berhubung video tersebut, menuduhnya menghina institusi diraja, satu tuduhan yang membawa hukuman penjara hingga 15 tahun.

Encik Thanathorn atau pihak Siam Bioscience tidak segera mengulas mengenai keputusan mahkamah itu. Istana lazimnya tidak mengulas mengenai pertikaian politik.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan