Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota Parlimen Jepun diberkas berhubung skandal dana politik

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota Parlimen Jepun diberkas berhubung skandal dana politik

(Gambar: Yoshitaka Ikeda/Facebook)

TOKYO: Pendakwa raya Jepun menahan seorang anggota parlimen dari Parti Liberal Demokratik (LDP), pada Ahad (7 Jan) berhubung skandal pengumpulan dana politik.

Ia sekali gus merupakan penangkapan pertama dalam skandal, yang turut mempalitkan Perdana Menteri Fumio Kishida.

Media Jepun melaporkan bahawa Yoshitaka Ikeda, 57 tahun, didakwa gagal mengisytiharkan lebihan derma sebanyak 48 juta yen (S$438,636).

Encik Ikeda adalah anggota parlimen dewan rakyat dan mantan naib menteri pendidikan.

Menurut Encik Kishida, Encik Ikeda akan dipecat daripada LDP.

"Ini sangat dikesali. Saya memandang serius (hal) ini," kata Encik Kishida ketika mengulas penangkapan Encik Ikeda. "Sebagai sebuah parti, kami mesti berusaha untuk mengembalikan kepercayaan dalam politik dengan segera."

Pendakwa raya mengesyaki dua puak parti itu gagal melaporkan dana politik melebihi AS$4 juta, seperti yang dikehendaki undang-undang.
Sumber : AGENCIES/SE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan