Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota Parlimen Gaza buat aduan kepada ICC berkaitan tindakan Israel

Anggaran Waktu Membaca:
GAZA: Lapan Anggota Parlimen dari Carikan Gaza mengemukakan  aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menggesa Israel menarik balik sekatan dan memberikan pampasan kewangan kepada mereka yang terjejas.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Pengerusi Majlis Perundangan Palestin, Ahmed Bahr, berkata mereka melantik peguam dari Perancis, Gilles Duvier, untuk memfailkan aduan kepada pendakwa ICC.

Agensi Anadolu melaporkan mereka mendesak ICC mengambil serius aduan itu dan segera mendakwa Israel atas jenayah yang dilakukan rejim itu. 

Di samping itu, mereka turut meminta ICC menggesa Israel untuk memulakan penubuhan mekanisme berkesan bagi memastikan kebertanggungjawapan terhadap tindakan sekatan dan pencerobohan di Carikan Gaza.

Aduan itu juga mengandungi tandatangan persatuan peguam Jordan, Gaza dan Maghribi. 

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerugian ekonomi akibat sekatan berjumlah AS$16.7 bilion (S$22.6 bilion) antara 2007 dan 2018.

Jumlah pampasan yang dituntut bernilai AS$25 bilion (S$33.8 bilion).
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan