Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota militan maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat

Lelaki bernama, Said Al-Kawni, disifatkan sebagai "wira penentang" dan maut semasa "pertempuran dengan tentera" Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota militan maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat

Gambar fail operasi penangkapan di bandar Tebing Barat, Nablus. (Gambar: RONALDO SCHEMIDT/AFP)

Diterbitkan : 25 Sep 2022 07:04PM Dikemas Kini : 25 Sep 2022 07:04PM
NABLUS, Tebing Barat: Tentera Israel menembak mati seorang anggota militan pada Ahad (25 Sep) semasa operasi tentera di Tebing Barat yang didudukinya, menurut para pegawai Palestin, dalam siri insiden terbaru sejak beberapa bulan lalu di bandar Nablus, lapor Reuters.

"The Dens of Lions", iaitu kumpulan hasil gabungan anggota militan daripada puak berbeza, berkata lelaki itu, Said Al-Kawni, adalah "wira penentang" dan maut semasa "pertempuran dengan pasukan tentera yang menduduki" wilayah tersebut.

Para pekerja perubatan berkata tiga lagi warga Palestin cedera selepas ditembak tentera Israel dalam insiden itu, yang disahkan tentera tersebut, lapor Reuters.

Kejadian yang terbaru dalam siri insiden yang berlaku hampir setiap hari di sekitar Nablus dan bandar Jenin itu menekankan sekali lagi iklim keselamatan yang tidak menentu di Tebing Barat sedang Israel bersiap siaga bagi pilihan raya pada 1 Nov.

Di Nablus, di mana terletaknya tapak salah satu kem pelarian terbesar di Tebing Barat, kebanyakan kedai ditutup pada Ahad selepas puak-puak militan menggesa supaya mogok diadakan, menurut Reuters.

Sekitar 70 warga Palestin maut di Tebing Barat sejak tentera Israel melancarkan 'Operation Breakwater' terhadap anggota militan pada 31 Mac sebagai respons kepada siri serangan jalanan maut warga Palestin di Israel. Mereka yang terkorban termasuk anggota militan dan orang awam.
Sumber : Reuters/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa