Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota marin Amerika ditahan, terbabit serangan Kedutaan Korea Utara

Pihak berkuasa Amerika membuat penangkapan pertama berhubung serangan misteri ke atas Kedutaan Korea Utara di Sepanyol, Februari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota marin Amerika ditahan, terbabit serangan Kedutaan Korea Utara

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 20 Apr 2019 05:57PM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 07:14PM

WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika membuat penangkapan pertama berhubung serangan misteri ke atas Kedutaan Korea Utara di Sepanyol, Februari lalu.

Bekas anggota pasukan Marin Amerika, Christopher Ahn, diberkas Khamis lalu dan dihadapkan ke mahkamah di Los Angeles semalam (19 Apr).

Sekurang-kurangnya 10 orang anggota Pasukan Pertahanan Awam Cheolima - sebuah kumpulan yang mahu menggulingkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un - menyerbu kedutaan Korea Utara di Madrid, pada 22 Februari lalu.

Mereka didakwa mencuri beberapa komputer dan menahan beberapa kakitangan kedutaan beberapa jam, sebelum pulang ke Amerika untuk menyerahkan bahan-bahan komputer itu kepada FBI.

Tetapi FBI mendakwa ia sudah memulangkannya kepada para penyiasat Sepanyol.

Rumah ketua pasukan Cheolima turut diserbu para pegawai ejen Federal Amerika tetapi dia tidak ditemui.

Beberapa anggota kumpulan itu dipercayai sedang bersembunyi dan kedudukan mereka tidak diketahui.

Pihak berkuasa Sepanyol juga menuntut ekstradisi para anggota kumpulan tersebut.

Serangan di Madird itu berlaku beberapa hari sebelum sidang antara Presiden Donald Trump dengan Encik Kim.

Pyongyang menyifatkannya sebagai satu serangan pengganas dan menukil khabar angin tentang pelibatan FBI.

Washington bagaimanapun menafikan pelibatannya.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan