Skip to main content

Dunia

Anggota Marin Amerika diberkas di Jepun, disyaki bunuh wanita

Seorang anggota Marin Amerika Syarikat berusia 20 tahun yang ditempatkan di pulau Okinawa, selatan Jepun, diberkas kerana disyaki membunuh seorang wanita Jepun, menurut polis pada Ahad (4 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota Marin Amerika diberkas di Jepun, disyaki bunuh wanita

Pesawat tentera Osprey Amerika Syarikat di Pangkalan Udara Pasukan Marin Amerika Syarikat Futenma di tengah bandar Ginowan, wilayah Okinawa. (Gambar fail: AFP/Philip Fong)

Diterbitkan : 04 Oct 2026 02:00PM
US Marine arrested in Japan, suspected of murdering woman
  • A 20-year-old US Marine was arrested in Okinawa on suspicion of murdering a 39-year-old Japanese woman at a hotel in Naha on Saturday.
  • Police said the suspect also stole the victim's wallet, while NHK reported that CCTV footage showed a foreign man leaving the room with the woman's belongings.
  • The suspect denied the allegation, but police detained him after finding a man matching the footage and bringing him to the police station voluntarily.
  • US Ambassador George Glass offered his condolences and pledged cooperation, as criminal cases involving the US army continued to spark protests in Okinawa.
Dijana oleh AI
TOKYO: Seorang anggota Marin Amerika Syarikat berusia 20 tahun yang ditempatkan di pulau Okinawa, selatan Jepun, diberkas kerana disyaki membunuh seorang wanita Jepun, menurut polis pada Ahad (4 Okt).

Suspek "membunuh wanita berusia 39 tahun itu di sebuah hotel di Naha dan mencuri dompetnya pada Sabtu", kata jurucakap polis tempatan kepada AFP.

Duta Amerika Syarikat George Glass berkata menerusi catatan di media sosial bahawa beliau sudah menghubungi Kementerian Luar Jepun dan Gabenor Okinawa untuk menyampaikan "ucapan takziah yang tulus dan memberi jaminan kerjasama penuh sedang siasatan diteruskan".

Penyiar awam NHK dan media Jepun lain, yang memetik sumber siasatan, melaporkan bahawa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian menunjukkan seorang lelaki warga asing memasuki sebuah bilik bersama seorang wanita sebelum dilihat keluar dengan membawa barangan milik wanita tersebut.

Polis kemudian menemui lelaki berusia 20 tahun yang sepadan dengan gambaran suspek dalam rakaman tersebut dan memintanya mengikut mereka ke balai polis tempatan secara sukarela, sebelum dia diberkas, menurut NHK.

Suspek dilaporkan menafikan tuduhan tersebut.

Amerika Syarikat mempunyai sekitar 54,000 anggota tentera yang ditempatkan di Jepun, dengan sebahagian besarnya berada di Okinawa.

Beberapa kes jenayah melibatkan anggota tentera Amerika Syarikat, termasuk rogol, serangan, langgar lari dan kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh alkohol, sudah sekian lama mencetuskan bantahan di Okinawa dan sering menjadi punca ketegangan dalam hubungan antara Jepun dengan Amerika Syarikat, yang merupakan sekutu rapat satu sama lain dalam bidang keselamatan.
Sumber : AFP/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita