Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota Gereja Penyatuan tuduh media Jepun berat sebelah atas pembunuhan Shinzo Abe

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Ribuan anggota Gereja Penyatuan berkumpul di Seoul pada Khamis (18 Ogos) untuk membantah apa yang mereka panggil liputan media Jepun yang bersifat diskriminasi dan tidak adil terhadap gereja mereka sejak pembunuhan mantan Perdana Menteri Shinzo Abe, lapor Reuters.

Suspek dalam kejadian tembakan Encik Abe pada 8 Julai, Tetsuya Yamagami, menyimpan dendam terhadap gereja itu dan ia menyebabkan ibunya menjadi muflis.

Dia turut menyalahkan Encik Abe kerana mempromosikan gereja itu, menurut catatan media sosialnya dan laporan berita.
"Hentikan laporan berat sebelah dan penganiayaan agama!" penunjuk perasaan di ibu kota Korea Selatan melaungkan dalam bahasa Korea dan Jepun.

Para penunjuk perasaan itu juga memegang sepanduk bertulis "Hormati kebebasan beragama!" dan "Hentikan ucapan kebencian" terhadap gereja.

Hubungan lama antara gereja yang kuat antikomunis dan Parti Liberal Demokratik yang memerintah Jepun, telah menjejaskan populariti kerajaan Perdana Menteri, Fumio Kishida.

Beliau terpaksa merombak kabinetnya minggu lalu dan mengatakan gereja tidak mempunyai pengaruh terhadap parti berkenaan.
Menurut jurucakap gereja, kira-kira 4,000 penunjuk perasaan hadir di perhimpunan di Seoul, menyeru untuk menghormati kebebasan beragama dan turut berdoa untuk meratapi kematian Encik Abe.

Para peserta berkata media Jepun memburuk-burukkan Gereja Penyatuan, mengaitkannya dengan pembunuhan Encik Abe dan mendedahkananggota gereja kepada diskriminasi sosial.

Siasatan polis berhubung serangan tembakan itu masih dijalankan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan