Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota bomba tidak putus semangat cari mangsa hilang di tapak tanah runtuh

Anggaran Waktu Membaca:
BATANG KALI: Anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali tidak berputus asa atau patah semangat dalam menjalankan tugas pencarian yang kini memasuki hari kelima.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, bahkan ada antara mereka yang enggan keluar dari lokasi pencarian walaupun dibenarkan untuk berehat, lapor Sinar Harian.

"Anggota terlibat terus menunjukkan semangat jitu dan perasaan berkobar-kobar untuk mengesan baki mangsa yang masih hilang.

"Mereka mungkin rasa sayang nak tinggalkan scene (tempat kejadian) sebab sudah bertungkus-lumus dari awal,” katanya kepada Bernama di Pos Kawasan Tempat Kejadian.

Bagaimanapun, Encik Hafisham berkata, keselamatan dan kesihatan pasukan pencarian tetap diutamakan dan mereka perlu mendapatkan rehat secukupnya bagi meneruskan operasi pencarian.

Pada Isnin (19 Dis), Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani yakin barisan petugas dapat memberikan komitmen penuh dalam melaksanakan misi SAR berkenaan, seperti dinukil Sinar Harian.

Selain bomba dan polis, tiga agensi lain terbabit seperti yang digariskan arahan Majlis Keselamatan Negara nombor 20 (MKN 20) ialah Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia.

 
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan