Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota BN Noh Omar diarah keluar dari Dewan Rakyat selama 3 hari

Anggota Parlimen Tanjung Karang dari Barisan Nasional (BN) Encik Noh Omar diarah keluar dari Dewan Rakyat selama tiga hari bermula hari ini (19 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota BN Noh Omar diarah keluar dari Dewan Rakyat selama 3 hari

Encik Noh Omar. (Gambar: Noh Omar/Facebook)

Diterbitkan : 19 Mar 2019 12:32PM Dikemas Kini : 19 Mar 2019 12:37PM

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Tanjung Karang dari Barisan Nasional (BN) Encik Noh Omar diarah keluar dari Dewan Rakyat selama tiga hari bermula hari ini (19 Mac).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming berkata arahan yang dikeluarkan di bawah Perkara 43 dan 44 Peraturan Mesyuarat berikutan tingkah laku Encik Noh yang melemparkan tuduhan terhadap institusi Speaker serta mendakwanya tidak layak memegang jawatan itu pada persidangan Dewan Rakyat, semalam. 

“Sebagai Speaker tugas saya bukan sahaja mempengerusikan dewan ini dengan adil, saksama dan amanah. Tanggungjawab sebagai Speaker menghendaki saya menjaga, membela imej dan kewibawaan institusi Parlimen.  

“Berdasarkan sikap Tanjung Karang yang tidak senonoh dan sengaja melakukan perbuatan menghina majlis mesyuarat atau tidak mengendahkan kuasa pengerusi, dengan tohmahan yang dilempar menuduh pengerusi mesyuarat tidak layak memegang jawatan adalah perbuatan menghina majlis mesyuarat atau 'an open insult to the chair'… saya dengan ini memerintah Tanjung Karang keluar dari majlis mesyuarat selama tiga hari,” katanya. 

Beliau membuat keputusan itu sebelum sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini (19 Mac).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan