Anggota biro politik Hamas maut dalam serangan Israel ke atas Qatar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP)
DOHA: Kementerian Dalam Negeri Qatar mengumumkan bahawa serangan Israel ke atas kawasan kediaman di Doha, yang menempatkan beberapa anggota biro politik Hamas mengorbankan Moamen Jawad Hassouna, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Dalam kenyataannya pada Rabu (10 Sep), kementerian itu menyatakan sebagai sebahagian daripada tindakan susulan berikutan serangan Israel dan selepas kerja lapangan serta pengumpulan bukti oleh pihak berkuasa keselamatan berkaitan, disahkan bahawa Moamen Jawad Hassouna terkorban akibat serangan berkenaan.
Kementerian itu turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh.
Ia menambah bahawa siasatan lapangan dan usaha pengesahan masih dijalankan untuk mengenal pasti baki individu yang masih hilang, menggunakan teknik Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) melalui jabatan khusus, termasuk unit forensik dan maklumat jenayah, makmal forensik, dan pusat pemeriksa perubatan.
Kementerian itu turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan baharu akan diumumkan secepat mungkin.
Sebelum ini pada Rabu, Kementerian Dalam Negeri juga melaporkan kematian seorang anggota Pasukan Keselamatan Dalaman (Lekhwiya), serta Hammam Khalil Al Hayya, anak ketua biro politik Hamas Khalil Al Hayya, selain beberapa orang awam cedera, susulan serangan Israel ke atas kawasan kediaman yang menempatkan anggota biro politik Hamas.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.