Anggota ASEAN setuju tubuh bandar raya mampan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: ANTARA)
HANOI: Gabenor dan datuk bandar negara anggota ASEAN pada Rabu (2 Ogos) memeterai deklarasi bersama bagi menggalakkan pembangunan bandar raya mampan, inklusif dan berdaya tahan di rantau itu.
Deklarasi bersama tersebut dimeterai semasa Mesyuarat Gabenor dan Datuk Bandar Ibu Negara ASEAN (MGMAC) dan Forum Datuk Bandar ASEAN (AMF) yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 1 hingga 2 Ogos.
“Kira-kira 500 peserta termasuk gabenor, datuk bandar dan wakil kerajaan negara anggota ASEAN hadir pada acara itu,” lapor Agensi Berita Vietnam.
Dalam ucapan penutupan, Pemangku Gabenor Jakarta, Heru Budi Hartono menekankan bahawa deklarasi bersama itu merupakan perjanjian untuk memperkukuh kerjasama antara blok bagi menyediakan kehidupan yang mampan di bandar, sekali gus menyokong pembangunan masyarakat ASEAN.
Perwakilan menyatakan keyakinan mereka bahawa pembangunan bandar mampan akan mengukuhkan matlamat bersama ASEAN dan seterusnya meningkatkan kedudukannya sebagai pusat pertumbuhan ekonomi serantau.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.