Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angelina Jolie lawat Pakistan bagi tarik perhatian bantu mangsa banjir

Angelina Jolie mahu menarik perhatian antarabangsa mengenai banjir yang melanda Pakistan, di mana lebih 33 juta penduduk terjejas oleh bencana banjir itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Angelina Jolie lawat Pakistan bagi tarik perhatian bantu mangsa banjir

Angelina Jolie melawat Pakistan. (Gambar: AFP)

NEW DELHI: Pelakon Hollywood Angelina Jolie, melawat Pakistan untuk menarik perhatian antarabangsa mengenai banjir yang melanda negara itu ketika banyak negara terus menghantar bantuan.

Beliau mengunjungi daerah Dadu di wilayah Sindh pada Selasa, dan bertemu mangsa banjir, lapor saluran televisyen Pakistan.

Lebih 33 juta penduduk terjejas oleh bencana banjir itu berikutan hujan lebat monsun sejak pertengahan Jun.

Jumlah kematian melepasi 1,550, termasuk beratus-ratus kanak-kanak, dan kira-kira 13,000 lagi yang cedera, lapor AP.

Bantuan antarabangsa berterusan tiba di Pakistan, dengan Turkiye dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi antara pembekal utama barangan bantuan.

Kedua-dua negara menghantar berpuluh-puluh penerbangan bantuan sejak Ogos ketika pihak berkuasa Pakistan bertungkus-lumus menangani bencana di wilayah Sindh, Balochistan dan Khyber Pakhtunkhwa.

Sejak Isnin, dua penerbangan bantuan tiba di lapangan terbang Karachi dari Oman, satu dari Dubai dan sebuah lagi penerbangan yang diatur UNICEF.

Turki dan UAE menghantar paling banyak bantuan menerusi udara selain menggunakan tren oleh Turki.

Enam “Tren Ikhlas” Turki berlepas pada Selasa manakala enam lagi bakal menyusul pada minggu-minggu akan datang, menurut laporan media Pakistan.

Sementara itu, Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Selasa (20 Sep) memaklumkan institusi itu ‘sedang berusaha untuk segera menyediakan pakej bantuan serta pemulihan.”

“Ia disediakan bagi membantu penduduk, kehidupan mereka dan infrastruktur segera serta untuk jangka panjang,” menurut ADB sambil menambah bahawa maklumat lanjut akan diberikan apabila pakej bantuan dimuktamadkan.
Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan