Skip to main content

Dunia

Anfalazie redah hujan, pastikan kucing, anjing terbiar tidak kebuluran

Kenali Anfalazie Anuar atau lebih mesra disapa An. Beliau mempunyai dua pekerjaan di Mertajam, Pulau Pinang, selaku tukang bersih dan penjaga tempat letak kereta.

Anggaran Waktu Membaca:
Anfalazie redah hujan, pastikan kucing, anjing terbiar tidak kebuluran

Anfalazie Anuar memberi makanan kepada kucing dan anjing terbiar dua kali sehari buat hampir 10 tahun. (Gambar: Blessed Cats/Facebook)

Diterbitkan : 08 May 2019 02:57PM Dikemas Kini : 08 May 2019 03:24PM

PULAU PINANG: Kenali Anfalazie Anuar atau lebih mesra disapa An. Beliau mempunyai dua pekerjaan di Mertajam, Pulau Pinang, selaku tukang bersih dan penjaga tempat letak kereta.

Namun, dengan gaji rendah beliau itu, An menggunakan sebahagian daripadanya untuk memberi makanan kepada kucing-kucing dan anjing-anjing terbiar. Maka, sememangnya wajar untuk membubuh gelaran 'wira' kepada jejaka berhati mulia berkenaan.

Perbuatan murni An menjadi tular dalam kalangan masyarakat setelah ia dikongsi oleh pemilik akaun Azman Ali di Facebook, lapor New Straits Times.

An disifatkan sebagai seorang yang pemalu kerana menurut Encik Azman, beliau mengambil masa beberapa bulan sebelum akhirnya dapat bersembang juga dengannya.

Encik Azman mengongsikan beberapa kepingan gambar yang menunjukkan An sedang memberi makanan kepada haiwan terbiar. Berdasarkan perbualan mereka, An berkata beliau akan melakukan sedemikan dua kali sehari dengan membuat rondaan menaiki motosikal - sekali pada sebelah pagi dan sekali lagi pada waktu petang - di beberapa tempat.

Rasa belas kasih An terhadap haiwan terbiar itu cukup dalam sehinggakan beliau sanggup tidak pergi bercuti kerana khuatir akan merindui mereka.

Apakan tidak, seolah-olah sudah terjalin suatu hubungan istimewa antara An dengan kucing dan anjing jalanan tersebut. Meskipun jika hari hujan, kata An, mereka akan setia menanti kelibat beliau. Ini sebabnya mengapa An tidak sanggup untuk meninggalkan mereka.

Setelah perkongsian Encik Azman tentang usaha An menjadi tular dan dilaporkan di beberapa laman media, ramai orang tampil mahu membantunya.

SAMPAI BERHUTANG UNTUK SUAP HAIWAN TERBIAR

mStar melaporkan, An sudah memberi makanan kepada haiwan-haiwan terbiar buat hampir 10 tahun kini.

Dengan membawa pulang RM850 (S$278) sebulan sebagai tukang pembersih dan RM30 (S$9.80) sehari daripada kerjanya selaku penjaga tempat letak kereta yang dilakukannya dua minggu sebulan, An akan membeli ikan dan ayam daripada pasar untuk diberikan kepada haiwan terbiar.

Adakalanya, lapor New Straits Times, beliau terpaksa berhutang dengan penjual kerana tidak mempunyai cukup wang untuk membayar. Namun, adik-beradik An juga akan menolongnya membeli makanan untuk kucing-kucing dan anjing-anjing terbiar. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita