Anda kini dapat sembunyikan status 'Online' di WhatsApp
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SAYS)
CALIFORNIA: Aplikasi Whatsapp baru-baru ini mengeluarkan ciri privasi baru yang membolehkan anda menyembunyikan status ketika anda 'online'.
Sebelum ini, pengguna Whatsapp hanya dapat menyembunyikan ciri 'Terakhir Dilihat' (Last Seen), namun pengguna masih dapat melihat apabila pengguna lain sedang 'online'. Status 'Online' tidak bermakna seorang pengguna itu sedang membaca mesej yang dihantar, ia hanya bermakna mereka sedang menggunakan aplikasi tersebut, lapor portal SAYS.
Cara untuk menentukan sekiranya seorang pengguna sudah membaca mesej anda, adalah dengan melihat tanda biru di samping mesej tersebut.
Walaupun ia hanya suatu pilihan, kini terdapat cara untuk menyembunyikan status 'online' dari semua orang, atau hanya kenalan anda.
Berikut caranya:
1. Buka aplikasi Whatsapp anda dan pilih Privacy Setting (Privasi)
2. Tekan butang 'Last seen and online' (Terakhir dilihat and Online)
3. Tekan sama ada 'My Contacts' (Kenalan Saya)
'My Contacts Except' (Kenalan Saya Kecuali), atau 'Nobody' (Tidak boleh dilihat sesiapa pun) untuk memilih bagaimana anda ingin menyembunyikan status 'online' anda
Kemudian, tekan pilihan 'Same as last seen' (Sama seperti terakhir dilihat) di bawah seksyen 'Who can see when I'm online' (Siapa dapat lihat saya ketika online).
Barang diingat bahawa jika anda tidak berkongsi status 'Terakhir Dilihat' dan 'Online', anda juga tidak akan dapat melihat status pengguna lain, seperti dipetik portal SAYS.
Namun mereka masih dapat lihat setiap kali anda menaip.
Pilihan ini sangat membantu, terutama sekali jika anda menghargai privasi dan tidak ingin rasa tertekan untuk menjawab mesej dengan segera.

Sumber : Sumber Web/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.