Ancaman imej penderaan seks kanak-kanak dijana AI meningkat
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Pendakwa Raya Persekutuan Amerika Syarikat (AS) sedang meningkatkan usaha memburu suspek yang menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) untuk memanipulasi atau mencipta imej penderaan seks kanak-kanak.
Pihak berkuasa undang-undang semakin bimbang kerana teknologi itu boleh mendorong kebanjiran bahan terlarang itu.
Jabatan Kehakiman AS telah membawa dua kes jenayah tahun ini terhadap defendan yang dituduh menggunakan sistem AI generatif yang mencipta teks atau imej sebagai tindak balas kepada gesaan pengguna untuk menghasilkan imej kanak-kanak yang jelas.
"Lebih banyak kes sama di masa akan datang,"kata Timbalan Ketua Bahagian Jenayah Komputer dan Harta Intelek Jabatan Kehakiman, James Silver.
Menurutnya apa yang dibimbangkan ialah sekiranya keadaan itu menjadi sesuatu kebiasaan kerana AI memudahkan untuk menjana imej jenis sedemikian rupa.
Peningkatan AI generatif telah mencetuskan kebimbangan di Jabatan Kehakiman bahawa teknologi yang pesat membangun akan digunakan untuk melakukan serangan siber, meningkatkan kecanggihan penipu mata wang kripto dan menjejaskan keselamatan pilihan raya.
Kes penderaan seks kanak-kanak menandakan kali pertama pihak pendakwa cuba menggunakan undang-undang AS sedia ada untuk jenayah yang didakwa melibatkan AI.
Namun, sabitan yang berjaya boleh mendapat rayuan kerana mahkamah menimbang bagaimana teknologi baharu itu boleh mengubah landskap undang-undang sekitar eksploitasi kanak-kanak.
Pendakwa Raya dan Peguam Bela Keselamatan Kanak-Kanak berkata, sistem AI generatif boleh membenarkan pesalah mengubah bentuk dan mengubah gambar kanak-kanak biasa kepada sesuatu yang lebih berunsur seksual.
Mereka memberi amaran bahawa bertambahnya bahan yang dihasilkan AI akan menyukarkan penguatkuasaan undang-undang untuk mengenal pasti dan mengesan mangsa penderaan sebenar.
Pusat Kebangsaan Kanak-Kanak Hilang dan Dieksploitasi, sebuah kumpulan yang mengumpul maklumat tentang eksploitasi kanak-kanaksecara online, menerima purata kira-kira 450 laporan setiap bulan berkaitan AI generatif.
Itu sebahagian kecil daripada purata 3 juta laporan bulanan keseluruhan eksploitasi kanak-kanak yang diterima kumpulan itu tahun lepas.

Sumber : Reuters/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.