Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ancaman bom penerbangan dari India yang mendarat di Turki disahkan palsu, kata gabenor tempatan

Anggaran Waktu Membaca:

ISTANBUL: Satu ancaman bom yang memaksa penerbangan dikendalikan Vistara Airlines dari India untuk membuat pendaratan kecemasan di Erzurum, timur Turki, pada Jumaat (6 Sep), adalah palsu kata gabenor tempatan.

Pegawai Turki berkata sehelai kertas ditulis dengan "bom di dalam penerbangan" ditemui di dalam tandas pesawat tersebut.

Ia menyebabkan pasukan pelupusan bom untuk memeriksa pesawat dan mengeluarkan 234 penumpang dan 13 anak kapal.

Seorang jurucakap Vistara berkata penerbangan UK27 dari Mumbai ke Frankfurt dilencongkan disebabkan "isu keselamatan." Penerbangan itu mendarat di Erzurum pada pukul 4.30 petang waktu tempatan (1330 GMT).

"Setakat 23:30, kami sudah selesai semua operasi mencari dan pemeriksaan. Hasil pencarian itu, kami tidak menemui sebarang ancaman bom," kata gabenor Erzurum, Mustafa Ciftci kepada wartawan di lapangan terbang tersebut.

Encik Ciftci juga berkata semua pendaratan dan pelepasan penerbangan yang ditangguhkan buat sementara waktu kini beroperasi seperti biasa, selepas pemeriksaan selesai dijalankan.

Vistara menyatakan melalui catatan di X bahawa penumpang, anak kapal, dan pesawat itu sudah diperiksa agensi keselamatan dan semua pemeriksaan sudah
dijalankan.

Syarikat penerbangan India itu juga menambah ia akan menghantar satu lagi pesawat ke Turki sebelum pukul 12.25 tengah hari waktu tempatan untuk membawa para penumpang ke Frankfurt.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan