Skip to main content

Dunia

Ancaman bom di Christchurch: Lelaki 33 tahun diberkas

Polis New Zealand menangkap seorang lelaki, berusia 33 tahun, di Christchurch hari ini (30 Apr), menyusuli laporan-laporan mengenai kemungkinan ancaman bom di bandar itu. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Apr 2019 06:37PM Dikemas Kini : 30 Apr 2019 10:42PM

WELLINGTON: Polis New Zealand menangkap seorang lelaki, berusia 33 tahun, di Christchurch hari ini (30 Apr), menyusuli laporan-laporan mengenai kemungkinan ancaman bom di bandar itu. 

Selain mengepung jalan-jalan raya di daerah Phillipstown, sebuah pasukan pemusnah bom serta kakitangan ambulans dan bomba turut dikerahkan ke sana.

Maklumat lanjut mengenai insiden itu tidak didedahkan.

Namun menurut laporan New Zealand Herald, polis dipanggil ke daerah itu kerana ada "ancaman mengenai bahan letupan".

Jurucakap pasukan St John Ambulans pula berkata, polis sudah meminta pihaknya meletakkan sebuah ambulans dalam keadaan bersiap sedia untuk dikerahkan ke tempat itu.

Pada 15 Mac lalu, 50 orang terbunuh manakala berpuluh-puluh yang lain cedera apabila seorang lelaki anggota ketuanan kulit putih melepaskan tembakan rambang di dalam dua masjid di Christchurch semasa solat Jumaat. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita