analisisBERITA: Sejauh mana ketetapan gencatan senjata UNSC suatu titik peralihan bagi perang Israel-Hamas?
Anggaran Waktu Membaca:
BERITA Mediacorp: Selepas hampir enam bulan perang Israel-Hamas berlarutan, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akhirnya meluluskan ketetapan menuntut gencatan senjata segera dikuatkuasakan di Gaza.
Ketetapan ini dicapai setelah Amerika Syarikat mengundi berkecuali dan tidak mengenakan undi pembatalnya, sekali gus suatu tamparan terhadap Israel yang merupakan sekutu kuatnya.
Ini muncul sedang Israel menyatakan mahu menyerang Rafah, yang kini menjadi tempat perlindungan bagi 1.4 juta penduduk Gaza.

APAKAH KESAN KETETAPAN GENCATAN SENJATA UNSC KE ATAS ISRAEL?
Ketua Penyelidik Pertahanan Jane's, Ridzwan Rahmat menjelaskan bahawa ketetapan yang diluluskan UNSC ini wajib dilaksanakan dari sudut hukum antarabangsa.
Majlis Keselamatan pula boleh sekali lagi mengadakan pengundian susulan untuk menetapkan hukuman yang boleh diambil ke atas Israel kerana gagal melaksanakan syarat-syarat dalam ketetapan ini.
ADAKAH ISRAEL AKAN PATUHI DESAKAN GENCATAN SENJATA SEGERA?
Hakikatnya, hingga ke saat ini, pertempuran Israel-Hamas masih berterusan dan Gaza terus dihujani dengan bom-bom tentera Israel.
Hospital-hospital, termasuk Hospital Al-Shifa juga masih menjadi sasaran dalam usaha tentera Israel mahu menghapuskan kumpulan Hamas.
"Ketetapan yang baru diluluskan ini sama sekali tidak akan mempunyai sebarang perubahan dasar pada corak pemerintahan Israel, baik dari segi ketenteraan, diplomatik atau dari segi kemanusiaan," kata Encik Ridzwan.

Merujuk kepada sejarah, Encik Ridzwan mengatakan bahawa Israel sudah beberapa kali melanggar ketetapan-ketetapan yang diluluskan Majlis Keselamatan PBB.
Kali terakhir ia berlaku adalah pada tahun 2016, apabila Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Encik Barack Obama mengambil keputusan untuk berkecuali dalam pengundian ketetapan supaya Israel berhenti membangunkan penempatan Yahudi di Tebing Barat.
Ketetapan tersebut bagaimanapun tidak diendahkan.
"Israel malah memperhebatkan lagi pembinaan penempatan di Tebing Barat," tambah Encik Ridzwan.
Pelanggaran demi pelanggaran ini, menurut Encik Ridzwan, jelas menunjukkan bahawa Israel tidak akan melakukan apa-apa kepada tujuan asalnya iaitu untuk terus meneruskan operasi ketenteraan di Carikan Gaza selagi tebusan-tebusan mereka masih di sana.
KETETAPAN YANG DILULUSKAN BUKAN SUATU "TITIK PERALIHAN"...
Memandangkan matlamat untuk membebaskan tebusan dan menghapuskan Hamas masih belum dicapai, ia bermakna krisis kemanusiaan di Gaza mungkin tidak akan segera berkurangan.
Lantaran itu, Encik Ridzwan tidak menganggap ketetapan Majlis Keselamatan PBB itu sebagai suatu "titik peralihan" dalam perang Israel-Hamas buat masa ini.
Mentelah lagi, Amerika Syarikat juga tidak menganggap ketetapan tersebut sebagai mengikat.
Encik Ridzwan percaya, Washington malah tidak akan meluluskan apa-apa lagi ketetapan yang berbentuk menghukum Israel.
MASA DEPAN HUBUNGAN AS-ISRAEL
Walaupun hubungan diplomatik Amerika-Israel kini tegang, ini juga tidak dijangka akan berlarutan, disebabkan sifat hubungan antara kedua-dua negara ini.

Menurut Encik Ridzwan, hubungan antara Amerika Syarikat dengan Israel melangkaui arena politik kerana ia sebenarnya simbiotik.
"Amerika Syarikat sebenarnya memerlukan Israel lebih daripada Israel memerlukan Amerika Syarikat," jelasnya
Ini kerana walaupun senjata yang dibekalkan oleh Israel dari Amerika Syarikat sebenarnya dibangunkan di Israel secara penyelidikan dan pengembangan (R&D), dan dihasilkan secara besar-besaran di Amerika Syarikat, peluru berpandu dan malah senjata Iron Dome sebenarnya dihasilkan di Israel dahulu.
Contohnya, ia dihasilkan melalui syarikat Rafael di Israel, sebelum dikeluarkan secara besar-besaran di Amerika Syarikat.
Oleh itu, Encik Ridzwan menganggap hubungan dengan Israel ini penting bagi Amerika Syarikat, jika Washington ingin terus meneruskan proses R&D bersama Israel dalam isu peralatan ketenteraan.
Ini jelas semakin genting untuk Amerika Syarikat, dengan adanya ancaman dari China.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.