analisisBERITA: Sejauh mana faktor Jokowi menyumbang kepada kemenangan besar Prabowo-Gibran?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelbagai tinjauan pendapat sebelum ini menunjukkan bahawa pasangan Prabowo-Gibran mendahului calon-calon lain.
Maka itu, kemenangan mereka dalam keputusan tidak rasmi pada Rabu (14 Feb) bukanlah satu kejutan.
Namun, apakah faktor utama yang membolehkan pasangan ini meraih undi sehingga hampir 60 peratus?
FAKTOR JOKOWI
Zamil Pelawat ISEAS – Institut Yusof Ishak, Dr Deasy Simandjuntak menjelaskan kesan pengaruh Presiden Joko Widodo ke atas para pengundi.

"Memang faktor Jokowi atau faktor bahawa masyarakat Indonesia melihat sokongan Jokowi terhadap pasangan Prabowo-Gibran ini menjadi faktor penentu atau "decisive factor" bagi para pengundi untuk menentukan pilihan politiknya," jelas Dr Deasy.
Ini kerana Jokowi sendiri sebenarnya dianggap sebagai Presiden yang meraih populariti yang sangat tinggi dan juga stabil selama beberapa tahun.
"Oleh itu, kita boleh membuat spekulasi bahawa sebahagian besar orang yang memilih pasangan Prabowo-Gibran sebenarnya memilih Encik Jokowi atau menginginkan pemerintahan seperti pemerintahan Encik Jokowi," tambah Dr Deasy.
GABUNGAN PENYOKONG JOKOWI, GIBRAN & PRABOWO
Dr Deasy juga berpendapat bahawa gabungan penyokong Encik Prabowo dan juga Encik Gibran, yang masing-masing mempunyai penyokong setia, juga menyumbang kepada kemenangan besar pasangan ini.
Selain sokongan terhadap Presiden Jokowi, Encik Prabowo yang juga Menteri Pertahanan Indonesia juga mempunyai penyokongnya sendiri ketika beliau bertanding untuk jawatan presiden pada tahun 2014 dan 2019.
Menurut Dr Deasy, sokongan kepada Encik Prabowo datang daripada pelbagai kelompok dan yang paling besar adalah pengundi konservatif Muslim.
Selain golongan ini, sebilangan besar penyokong Encik Prabowo juga merupakan para nasionalis yang tidak menyokong parti PDI-P.
Bagi Encik Gibran pula, Dr Deasy berpendapat bahawa beliau mempunyai sokongan yang semakin berkembang terutama di Jawa Tengah dan Jawa Timur.
Ini sekali gus mengukuhkan lagi sokongan bagi pasangan Prabowo-Gibran.
FAKTOR PENGUNDI MUDA
Selain sokongan kepada ketiga-tiga ahli politik ini, faktor pengundi kali pertama yang sangat besar turut memainkan peranan.
Kira-kira 52 peratus daripada 204 juta pengundi berdaftar di Indonesia berusia bawah 40 tahun.
"Strategi kempen Prabowo-Gibran juga jauh lebih disukai generasi muda ini," ujar Dr Deasy.
Tambahnya, golongan muda mungkin melihat Encik Gibran Rakabuming Raka sebagai sosok pemimpin muda dan inginkan beliau untuk memimpin.
Di samping itu, terdapat juga faktor ideologi atau cara pemikiran anak muda.
"Anak-anak muda ini tidak melalui zaman Reformasi pada tahun 1998 dan ini bermakna, naratif mengenai pelanggaran hak asasi manusia atau mengenai bahaya autoritarianisme yang melekat pada salah satu calon Presiden tidak begitu mempengaruhi golongan anak muda ini," ujar Dr Deasy.
Di sini, Dr Deasy merujuk kepada bagaimana ramai pengundi muda tidak melalui zaman Reformasi dan sekali gus, tidak merasakan kesan pencabulan hak asasi manusia yang sering dikaitkan dengan Encik Prabowo yang merupakan seorang jeneral tentera dalam era Presiden Suharto.
Sungguhpun demikian, Dr Deasy menekankan bahawa cara pemikiran anak muda di Indonesia sebenarnya rencam.
Sebilangan daripada mereka misalnya membentuk sebahagian masyarakat sivil yang menyuarakan keprihatinan yang mendalam terhadap perkembangan demokrasi di Indonesia.
PENGUNDI MAHUKAN KESTABILAN
Di samping itu, Dr Deasy juga berpendapat ramai yang memilih Encik Prabowo sebagai calon Presiden mengutamakan pertumbuhan ekonomi dan perniagaan yang kukuh, berdasarkan pengalaman dimilikinya.
Ditanya sama ada Encik Prabowo akan berdepan dengan cabaran besar di Parlimen memandangkan data hitung cepat Pilihan Raya Dewan Perwakilan menunjukkan Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang disokong calon presiden Ganjar Pranowo, mendahului dengan 19 peratus undi, ini jawapan Dr Deasy:
"Kita tahu bahawa politik Indonesia ini sebenarnya lebih pragmatik dan tidak bersifat "ideologis" dan oleh itu, kedudukan pembangkang atau kedudukan pemerintahan tidaklah "ideologis" juga bukan seperti di Amerika Syarikat atau negara-negara Eropah," kata Dr Deasy.
Ini bermakna, di Indonesia partai politik boleh bergabung dalam gabungan pemerintahan atau menjadi sebahagian daripada pembangkang mengikut dinamik politik.
Sebagai contoh, pada Pilihan Raya Presiden 2019, Encik Prabowo kalah kepada Encik Jokowi tetapi kemudian dipilih oleh Encik Jokowi untuk menjadi Menteri Pertahanan Indonesia.
Ini sekali gus bermakna parti yang dipimpin Encik Prabowo iaitu Parti Gerindra, pada waktu itu tidak membentuk pihak pembangkang kerana bergabung dengan gabungan pemerintah.
Maka itu, Dr Deasy berpandangan bahawa sesiapa yang akan menjadi pemerintah dan pembangkang masih belum muktamad memandangkan Indonesia kini dalam peringkat awal perhitungan suara.
APA YANG BOLEH DIJANGKAKAN SEHINGGA KEPUTUSAN RASMI DIUMUMKAN?
Sementara itu, ramai pengamat politik termasuk Dr Deasy bertanggapan bahawa hampir pasti pasangan Prabowo-Gibran akan menjadi Presiden dan Naib Presiden Indonesia memandangkan syarat-syaratnya sudah dipenuhi.
Namun, pasangan Anies-Muhaimin dan Ganjar-Mahfud katanya, akan terus menunggu sehingga pengumuman rasmi sebelum mengiktiraf kemenangan Encik Prabowo.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.