analisisBERITA: Prabowo bakal jadi Presiden Indonesia, tetapi mengapa pelabur asing masih berhati-hati dengan rancangan ibu kota baharu Nusantara?
Anggaran Waktu Membaca:
Istana Presiden di Nusantara pada 27 Mac 2024. (Gambar: Kementerian Kerja Awam dan Perumahan Indonesia)
JAKARTA: Pelabur asing kekal berwaspada terhadap rancangan bagi ibu kota baharu Indonesia, Nusantara.
Ini meskipun "calon kesinambungan" bagi perancangan tersebut, iaitu Prabowo Subianto memenangi pilihan raya presiden baru-baru ini, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai apa lagi yang akan dilakukan pemerintah untuk memikat pelabur supaya turut serta dalam projek mega bernilai AS$30 bilion (S$40.5 bilion).
Indonesia merancang untuk meraikan Hari Kemerdekaan ke-79 di Nusantara pada 17 Ogos, yang akan menandakan pemindahan dari Jakarta ke ibu kota baharu tersebut di timur Kalimantan. Ia bagaimanapun masih kekurangan dana untuk membina bandar berkenaan.
Pemerintah itu sebelum ini menyatakan bahawa pelabur asing sedang menunggu keputusan pilihan raya presiden dan perundangan sebelum mereka melabur di Nusantara, yang lebih dikenali sebagai Ibu Kota Negara atau IKN.
Namun, 1.5 bulan selepas pilihan raya itu diadakan, tiada mana-mana pelabur asing menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan pemerintah Indonesia.
Mengetahui keputusan pilihan raya itu tidak cukup untuk meyakinkan pelabur untuk membuat keputusan yang berisiko, jelas Encik Mohammad Faisal, Pengarah Eksekutif Centre of Reform on Economics (CORE) Indonesia, sebuah badan pemikir yang memberi tumpuan kepada penyelidikan dalam ekonomi dan industri.
"Pertama, masih terdapat pertikaian pilihan raya," katanya, merujuk kepada pemfailan kes di mahkamah untuk mencabar keputusan pilihan raya oleh calon presiden yang kalah Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo. Mereka menggesa agar pilihan raya dijalankan semula dan kelayakan pemenang ditarik balik, atas dakwaan berlakunya penipuan dan penyelewengan semasa pilihan raya.

BACA:
Mahkamah perlembagaan dijangka memberikan keputusannya pada 22 April.
Jika ia menolak kes tersebut, Encik Prabowo dan rakan seperjuangannya, Datuk Bandar Solo Gibran Rakabuming Raka, yang juga merupakan anak sulung Presiden Joko Widodo, akan mengangkat sumpah pada Oktober nanti.
"Kemudian, (pelabur) juga mahu tahu gaya kepimpinan Encik Prabowo," tambah Encik Faisal.
Meskipun Encik Prabowo sudah berkali-kali menekankan bahawa beliau akan meneruskan projek tersebut, yang merupakan cetusan idea Presiden Widodo, para pelabur tetap ingin tahu apa visinya dan bagaimana beliau akan membuat keputusan, jelas Encik Faisal.
Rancangan itu adalah untuk kira-kira 19 peratus daripada kos Nusantara diambil daripada belanjawan negara, dengan bakinya daripada sektor swasta.
BANYAK SURAT NYATAKAN KEINGINAN, TETAPI TIADA MOU
Sosok yang menyelia pembangunan Nusantara, bagaimanapun, tetap bersikap optimistik dan berpendapat kerjasama awam-swasta (PPP) mungkin jalan untuk dipertimbangkan.
Pihak berkuasa Indonesia setakat ini, menerima kira-kira 369 surat menyatakan hasrat (LOI), dedah Encik Bambang Susantono, ketua Penguasa Ibu Negara Nusantara, kepada Mediacorp di Forum Perniagaan Indonesia-Singapura 2024 di Singapura pada 27 Mac.
"Sekitar 40 peratus daripada mereka adalah daripada entiti asing," tambahnya.
"Tetapi kebanyakan mereka berada di peringkat persiapan. Mengapa? Kerana kebanyakan mereka, jika saya boleh katakan, berminat dengan PPP daripada terus melabur," kata Encik Bambang.
Encik Bambang akur tiada pelabur asing yang sudah menandatangani MOU setakat ini, tetapi yakin minat akan meningkat.

ADAKAH BELANJAWAN DIPERUNTUK BAGI PROGRAM POPULIS DIUTAMAKAN?
Namun, sesetengah pengamat percaya mungkin ada sebab lain mengapa pelabur asing menahan daripada melabur.
Encik Prabowo bukan sahaja berkempen untuk kesinambungan Nusantara, tetapi juga berikrar untuk menyediakan makan tengah hari dan susu percuma kepada pelajar di seluruh Indonesia dalam program yang diunjurkan menelan belanja sehingga AS$25.5 bilion (S$34.4 bilion) - hampir sama dengan ibu negara baharu, jelas ahli ekonomi yang berpangkalan di Jakarta Bhima Yudhistira dari Pusat Kajian Ekonomi dan Undang-undang (CELIOS).
"Pada masa ini, nampaknya ada dorongan untuk program makan tengah hari percuma ini dimasukkan ke dalam belanjawan negera 2025 yang akan datang," kata Encik Bhima.
"Ini membuatkan pelabur berfikir melabur dalam IKN sangat berisiko tinggi, memandangkan terdapat andaian belanjawan negera akan datang bakal mengutamakan sesuatu yang lebih populis, seperti makan tengah hari percuma dan susu percuma. "
Nusantara dijangka dibina dalam lima fasa.
Fasa pertama, merangkumi pembinaan istana, beberapa kementerian dan prasarana asas seperti jalan raya dan perumahan, yang dijadual siap tahun ini.

Peringkat terakhir pembinaan Nusantara dijadual siap menjelang ulang tahun ke-100 negara itu pada 2045, apabila ia akan dihubungkan dengan bandar-bandar sekitar seperti Balikpapan dan Samarinda.
BAKAL PRESIDEN HARUS "SEGERA" BERPINDAH
Menurut Encik Bambang, prasarana yang dijadual siap menjelang 17 Ogos termasuk istana presiden, beberapa bahagian pejabat menteri penyelaras, satu hotel lima bintang dan hospital.
Encik Andry dari INDEF berpendapat ini adalah langkah pertama untuk membuktikan bahawa Nusantara adalah projek yang serius.
Namun pemerintah terutamanya bakal presiden - harus menunjukkan kesungguhannya dengan segera berpindah ke sana, jelasnya.
"Jika pemerintah ingin pelabur yakin, bakal presiden harus segera berpangkalan di sana," tekannya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.