analisisBERITA: Percaturan strategik & geopolitik Trump dalam perang tarif & lawatan ke Timur Tengah
Sejak akhir-akhir ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terus menjadi tajuk berita hampir setiap hari.
Anggaran Waktu Membaca:
BERITA Mediacorp: Sejak akhir-akhir ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terus menjadi tajuk berita hampir setiap hari.
Pertama, perang tarifnya yang menimbulkan perang dagang, yang akhirnya membawa kepada rundingan bersemuka antara Washington dengan Beijing.
Kemudian minggu ini, Presiden Trump melakukan lawatan penting ke tiga negara Timur Tengah, iaitu Arab Saudi, Qatar dan Amiriah Arab Bersatu.
Sebenarnya, apakah agenda di sebalik percaturan politik yang dimainkan Trump menerusi perkembangan-perkembangan tersebut, dan apakah kesannya terhadap dunia termasuk Singapura?
PERANG TARIF - LEGA SEMENTARA
Sejak dua bulan lalu, dunia diporakperandakan dengan ketidaktentuan perang dagang.
Ia menyaksikan Presiden Trump mengenakan tarif ke atas seluruh dunia, khususnya tarif 145 peratus terhadap China.
China pula mengenakan tarif balasan 125 peratus ke atas produk Amerika.
Kedua-dua pihak akhirnya bersetuju untuk mengurangkan dengan mendadak tarif balasan masing-masing.
Diplomasi antara dua gergasi ekonomi terbesar dunia itu membolehkan banyak negara dunia - termasuk Singapura sendiri - menarik sedikit nafas lega, untuk sekurang-kurangnya 90 hari.
Pakar politik dan Zamil Kanan, ISEAS - Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat berkata:
"Ada negara yang menjangkakan akan ada kemelesetan ekonomi kerana kenaikan tarif yang tinggi. Tetapi dengan penangguhan ini, mungkin tidak akan menjejas begitu banyak ekonomi-ekonomi di dunia.
"Justeru, banyak negara sebenarnya yang mengatakan bahawa mereka tidak akan mengalami kemelesetan."

MENCORAK SEMULA IMBANGAN DAGANGAN AS
Walaupun langkah tarif Trump itu dikritik seluruh dunia, sesetengah pakar ekonomi menyatakan, Trump sebenarnya mencapai kejayaan awal.
Iaitu beliau berjaya memaksa dunia supaya mencorak semula imbangan dagangan masing-masing dengan Amerika Syarikat, agar defisit dagangan akan kini lebih memanfaatkan Washington.
Hasilnya negara-negara dunia kini berunding dengan Washington untuk mencari tolak ansur baharu, ataupun sudah menerima tarif yang dikenakan Amerika.
Begitu juga China yang buat masa ini menerima tarif 30 peratus yang dikenakan ke atas eksportnya untuk tempoh 90 hari ini. Amerika pula menerima tarif 10 peratus oleh China.
90 hari adalah tempoh untuk Beijing dan Washington berunding bagi mencapai persetujuan bagi meleraikan isu tarif itu.
Namun hakikatnya kata Dr Norshahril, keadaan masih tidak menentu kerana Trump boleh berubah pada bila-bila masa.

TRUMP HANYA MAHU RUNDINGAN 2 HALA
Berhubung rundingan tarif dengan setiap negara lain, Amerika Syarikat mengeluarkan isyarat bahawa ia hanya ingin berunding secara dua hala.
Sistem berbilang hala yang terikat dengan undang-undang antarabangsa, tidak dipedulikan pentadbiran Trump, menjadikannya tidak relevan dalam berurusan dengan Washington.
Lantas, Singapura antara negara yang terjejas dengan aspek ini, walaupun hakikatnya negara ini ada Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat.
"Mungkin satu masa dahulu Amerika Syarikat dilihat sebagai satu kuasa dunia yang mengamalkan sistem undang-undang antarabangsa, sistem perdagangan bebas.
"Perkara ini sudah berubah dan tentunya negara-negera seperti Singapura dan juga negara-negara lain akan memikir ulang bagaimanakah kita harus mengedepankan dasar dan berinteraksi dengan sistem global yang yang baharu," kata Dr Norshahril.

PERCATURAN STRATEGIK, GEOPOLITIK TIMUR TENGAH
Dalam pada itu percaturan strategik ekonomi versi Trump dianjakkan beliau setapak lagi kedepan menerusi siri kunjungannya ke Timur Tengah sekarang ini.
Lawatannya ke Arab Saudi, Qatar dan Amiriah Arab Bersatu, menghasilkan pelbagai perjanjian ekonomi berjumlah lebih AS$1 trilion bagi Amerika Syarikat.
Ini termasuk pelaburan AS$600 bilion yang dikrarkan oleh Arab Saudi dan perjanjian menjual lebih 200 pesawat Boeing bernilai AS$96 bilion kepada Qatar.
Walaupun yang lebih banyak digembar gembur media sebagai tajuk berita sekarang ini adalah pelbagai perjanjian ratusan bilion dolar dengan negara-negara Arab itu, di sebalik diplomasi ekonomi, sesetengah pakar mengatakan, satu lagi perkara penting yang juga dikejar dan mahu dicapai Presiden Trump ialah kepentingan geopolitik dan strategik.
Iaitu mahu merapatkan semula negara-negara Arab kepada Washington, di tengah-tengah kejayaan China dan Rusia mendekati banyak negara-negara Arab sejak akhir-akhir ini termasuk menerusi BRICS.
"Tentu sekali kita boleh lihat ada negara-negara yang lebih cenderung kepada Amerika. Ada yang cenderung kepada China dan inilah kita lihat pengaruh geopolitik terhadap rantau Timur Tengah itu," kata Dr Norshahril.
"Kalau kita lihat semasa pemerintahan Donald Trump yang pertama. Beliau telah berjaya misalnya, membawa satu perjanjian - Perjanjian Abraham yang penuh kontroversil."
Perjanjian itu cuba mengikat dunia Arab itu kepada Amerika Syarikat.
Ia juga cuba meredakan keadaan itu dengan mengajak negara Arab supaya berbaik-baik dengan negara-negara seperti Israel dan sebagainya.
"Tapi memandangkan konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah, termasuk di Gaza, ini menyebabkan semacam tekanan domestik yang mungkin membuat pemerintah-pemerintah di Timur Tengah itu berfikir kembali.
"Apakah tindak balas daripada rakyat jika sesebuah negara Arab itu terlalu kuat kepada Amerika Syarikat yang dilihat sebagai penyokong (Israel dalam) konflik di Gaza ini," menurut Dr Norshahril.
MENGAPA AS PULIHKAN HUBUNGAN DENGAN SYRIA?
Dalam kunjungan beliau ke Timur Tengah sekarang ini, salah satu kejayaan ketara Encik Trump dalam percaturan geopolitik beliau ialah kejayaan menambat dan memulihkan hubungan dengan Syria.
Setelah kejatuhan rejim Bashar al-Assad, ada semacam perubahan dari segi dasar dunia terhadap Syria, ke arah lebih positif.
Tidak lagi dipencilkan. Pihak Barat tidak lagi melihat Syria sebagai penyokong pengganasan. Presiden Trump malah menarik balik segala sekatan yang dikenakan Washington terhadap Syria.

Malah pertemuan antara Presiden Trump dengan Presiden Syria Ahmed al-Sharaa yang berlangsung pada Rabu (14 Mei) adalah yang pertama antara ketua negara kedua-dua negara dalam tempoh dua dekad. Cukup bersejarah.
Syria bermusuhan dengan Israel. Dalam pertemuan itu Encik Trump mendesak Encik al-Sharaa supaya berbaik-baik dengan Israel.
Jadi pendeknya, apa yang dilakukan Presiden Trump adalah cuba mengembalikan Syria kepada golongan penyokong-penyokong Amerika Syarikat, kata Dr Norshahril.
"Jadi inilah masanya. Inilah waktu yang tepat dan kita lihat Amerika Syarikat memulakan langkah tersebut secara indikatif.
"Manifestasinya adalah untuk membawa Syria kembali kepada lingkungan sekutu kuat Amerika Syarikat kerana sebelum ini sangat kuat persepsi bahawa ia (Syria, sekutu) kuat dengan Iran. Syria juga adalah sekutu bagi Russia," kata pakar politik itu.
Lantaran itu, tambah beliau, ini merupakan percaturan geopolitik Trump untuk mengukuhkan lagi kedudukan Amerika di Timur Tengah.
Langkah yang diharapkannya akan menambah lagi jumlah negara-negara yang pro-Amerika Syarikat.
DEKATI IRAN JUGA
Sementara itu, dalam lawatannya ke Timur Tengah ini, Presiden Trump juga mengambil peluang untuk membincangkan isu Iran dengan negara-negara rakan.
Semasa melawat UAE, Encik Trump memberi satu kemas kini - iaitu satu perjanjian dengan Iran berhubung program nuklearnya sudah semakin hampir. Ini kata Encik Trump akan mengelakkan Tehran daripada mengalami sebarang tindakan ketenteraan Amerika.
Rundingan dengan Iran dilakukan secara langsung antara pegawai Amerika dengan Iran - empat pusingan rundingan sejauh ini.

Jelas, kunjungan Encik Trump ke Timur Tengah, selain meraih banyak perjanjian ekonomi yang menguntungkan Amerika, beliau juga banyak menghulurkan tangannya dalam pelbagai urusan strategik dan geopolitik.
Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.