analisisBERITA: Pendekatan dasar luar Indonesia di bawah Presiden Prabowo
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bay Ismoyo/AFP)
SINGAPURA: Indonesia kini beberapa hari di bawah pemerintahan Presiden Prabowo Subianto yang baharu mengangkat sumpah jawatan pada Ahad (20 Okt).
Dalam ucaptama beliau, Presiden Prabowo menegaskan: "Kita tidak mahu ikut perjanjian-perjanjian tentera manapun. Kita memilih jalan bersahabat dengan semua negara.
"Sudah berkali-kali saya canangkan Indonesia akan menjalankan politik luar negeri sebagai negara yang ingin menjadi tetangga yang baik.
"Kita ingin menjadi jiran yang baik. Kita ingin menganut falsafah kuno, 'seribu kawan terlalu sedikit, satu lawan terlalu banyak.'"
Justeru timbul persoalan - bagaimanakah nantinya wajah dasar luar Indonesia di bawah kepimpinan beliau?

INDONESIA YANG LEBIH AKTIF DAN LANTANG BERSUARA
Dunia antarabangsa, termasuk negara-negara serantau khususnya, kini tertanya-tanya, adakah era baharu pemerintahan Presiden Prabowo akan menyaksikan Indonesia yang sama seperti di bawah Presiden ketujuh Joko Widodo, iaitu lebih tertumpu kepada isu domestik, atau sebaliknya sebuah Indonesia yang lebih lantang bersuara dan aktif di pentas dunia.
Yang pasti, pelantikan Sugiono sebagai Menteri Luar baharu, menggantikan Retno Marsudi yang menggalas tanggungjawab itu selama 10 tahun, mencerminkan fokus dan keinginan Presiden Prabowo untuk mengambil pendekatan yang agak berbeza berhubung dasar asing.

"Sebelum ini, Indonesia sama ada di bawah kepimpinan Jokowi atau presiden-presiden sebelumnya sering dilihat sebagai salah satu negara berpengaruh dan kuat di rantau ini," kongsi penganalisis politik bebas Adib Zalkapli.
Pun begitu, tambah Encik Adib, Indonesia kurang memainkan peranan menonjol dalam mencorak politik dunia antarabangsa, dan Encik Prabowo dilihat ingin menjadi presiden yang berperanan lebih aktif ke arah tujuan tersebut.
Menurut Encik Adib lagi, sejak terpilih menjadi calon pengganti Presiden Jokowi dalam pilihan raya Februari lalu, Encik Prabowo melakukan sekitar 20 lawatan ke luar negara untuk mengukuhkan pengaruh Indonesia, sekali gus mengeratkan hubungan persahabatan dengan negara-negara luar.

"Jadi sebagai presiden baharu yang akan menjadi lebih aktif dalam dasar luar, kita mungkin dapat lihat Indonesia menjadi semakin lantang dalam isu-isu yang diutamakannya. Ini termasuk juga isu Palestin."
Meskipun Presiden Prabowo berikrar untuk berganding bahu dengan mana-mana pihak, tidak kira Amerika Syarikat atau China, Zamil Kanan Institut ISEAS - Yusof Ishak Dr Norshahril Saat menyorot pendekatan beliau kepada Dunia Selatan.
"Kalau kita lihat dari segi isyaratnya, banyak sekali pengkhususan diberikan kepada disebut Dunia Selatan ataupun negara-negara yang dilihat sebagai neutral dan tidak berpihak kepada kedua-dua kuasa besar.
"Kalau kita lihat baru-baru ini, misalnya, banyak sekali tumpuan diberikan kepada kerjasama dalam konsep atau kerangka BRICS, di mana Indonesia tidak mahu terkait rapat dengan politik dan polemik global yang lebih luas," jelas Dr Norshahril.
PENDEKATAN PRABOWO BERKAITAN HUBUNGAN SERANTAU
Bagi kesan kepimpinan Presiden Prabowo kepada Asia Tenggara pula, para penganalisis percaya, Indonesia akan terus mengukuhkan diplomasi dan kerjasama pertahanannya dengan negara-negara serantau.

Dr Norshahril yakin, Presiden Prabowo akan memainkan peranan yang besar dalam blok ASEAN kerana Indonesia merupakan ekonomi yang terbesar di rantau ini.
"Kita jangkakan bahawa hubungan negara-negara ASEAN dengan Indonesia itu akan diperkukuhkan lagi. Misalnya, banyak sekali disebut tentang keterkaitan ekonomi di antara Singapura dengan Indonesia. Di antaranya adalah ekonomi hijau, ekonomi digital dan pembinaan pusat data di Batam, dalam konteks Sijori di mana kerjasama di antara Singapura, Johor dengan Riau," tambah Dr Norshahril.

IMEJ MANTAN JENERAL TENTERA PRABOWO & CARA TADBIR URUS
Presiden Prabowo dahulu dikenali sebagai seorang jeneral di bawah rejim Presiden Suharto yang seringkali terkait dengan kes pencabulan hak asasi manusia.

Namun kini beliau muncul sebagai seorang warga emas 72 tahun yang kelihatan comel atau 'gemoy'.
Para penganalisis berkata, kedua-dua imej itu bagaimanapun tidak boleh memberi cerminan jelas tentang gaya beliau mengendalikan kabinetnya nanti.

"Mungkin sesetengah pemerhatian dan ulasan ini sebenarnya tidak adil kepada Presiden Prabowo kerana kerjaya tentera beliau dibentuk dalam suasana Indonesia yang berdepan pergolakan-pergolakan dalaman. Jadi perkembangan dan pergolakan ini membentuk personaliti seorang pegawai tentera seperti Presiden Prabowo.
"Justeru apa yang berlaku semasa Jeneral Prabowo berkhidmat dalam tentera tidak semestinya akan mempengaruhi gerak kerjanya sebagai Presiden Indonesia," jelas Encik Adib.

Tetapi yang pasti tambah beliau, kita akan dapat lihat ketegasan Presiden Prabowo dan juga matlamat beliau yang mungkin lebih jelas sebagai seorang bekas pegawai tentera.
Dr Norshahril pula berkata, Presiden Prabowo berpotensi membawa Indonesia ke fasa pembangunan seterusnya, meski pun rekod beliau dalam bidang hak asasi manusia akan seringkali dibangkitkan terutama sekali oleh negara-negara Barat.
"Tetapi ada juga yang mengatakan beliau akan menjadi seorang pemimpin yang tegas kerana untuk memerintah negara serencam indonesia itu, perlu memiliki ciri-ciri ketegasan.
"Ada juga yang mengenang semula zaman Presiden Suharto misalnya, bagaimana kepimpinan beliau yang disebut sebagai kuku besi itu, berjaya membawa Indonesia menjadi sebuah negara yang membangun."
Kini tiba giliran mantan menantu Almarhum Pak Harto itu untuk berusaha sedaya upaya menjulang martabat Indonesia di persada dunia antarabangsa.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.