analisisBERITA: Dr Mahathir 100 tahun, pemimpin dalam kelasnya yang tersendiri
Sememangnya mencecah usia 100 tahun hari ini merupakan satu detik bersejarah bagi mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sememangnya mencecah usia 100 tahun hari ini merupakan satu detik bersejarah bagi mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Perjalanan hidup dan kepimpinan beliau cukup luar biasa.
Tidak ramai pemimpin dunia yang kita kenali mencecah usia 100 tahun. Dr Mahathir adalah antara golongan istimewa yang hidup hingga ke usia ke-100.
Apakah antara pencapaian penting beliau sebagai sebagai pemimpin Malaysia dan apakah legasi beliau di pentas antarabangsa dan dunia Islam?
BANYAK PENCAPAIAN DALAM & LUAR NEGARA
Sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat - selama lebih 20 tahun - warisan politik dan pencapaian Dr Mahathir memang cukup banyak, baik dalam negeri mahupun di peringkat antarabangsa.
Dalam penggal pertama selaku Perdana Menteri, Dr Mahathir memperkenalkan pelbagai dasar baharu dan inovasi yang bertujuan mengeluarkan rakyat dari lingkungan kemiskinan pasca penjajahan.
Antaranya, dasar memajukan ekonomi Malaysia termasuk memperkenalkan Wawasan 2020.
Beliau turut menjalankan pelbagai projek mega termasuk membina Putrajaya dan Cyberjaya, selain projek ikonik Menara Berkembar Petronas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
LEGASI PROJEK PROTON SAGA
Namun yang menarik perhatian Dr Norshahril Saat, Zamil Kanan ISEAS - Institut Yusof Ishak, adalah projek Proton Saga yang amat sinonim dengan Dr Mahathir.
Malaysia mencipta nama pada 9 Julai 1985 apabila syarikat Proton memperkenalkan kereta buatan dalam negeri yang pertama.
"Beliau ingin membangunkan bukan hanya kapitalis Melayu. Malah yang boleh menghasilkan teknologi-teknologi masa kini untuk menyaingi kuasa-kuasa industri di luar sana," kongsi Dr Norshahril.
"Jadi banyak sekali projek-projek seperti kereta nasional kemudiannya mungkin dari sudut IT. Dengan pembangunan Cyberjaya ini antara beberapa dasar-dasar yang beliau keluarkan untuk meletakkan Malaysia di peta dunia."
IDEOLOGI NASIONALISME YANG KONSISTEN
Dr Norshahril menyifatkan Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin yang konsisten dalam ideologi nasionalisme.
Tokoh Malaysia itu percaya bahawa masyarakat Melayu harus bangkit bukan hanya sebagai satu kuasa politik di negara Malaysia moden, tetapi juga sebagai satu masyarakat yang berkuasa dari sudut ekonomi.
Ini lebih-lebih lagi memandangkan masyarakat Melayu di negara itu terhimpit dalam strata rendah dari sudut ekonomi pada waktu itu, pasca zaman penjajahan British.
Bagi Encik Jamil A Ghani, seorang penyelidik dan pemerhati politik Malaysia yang membesar di dalam zaman kegemilangan Dr Mahathir, beliau teringat kembali kenangan manis beliau melihat tokoh 'gergasi' politik itu di kaca televisyen.
"Saya ingat lagi memori daripada masih budak lagi. Semua golongan daripada 1980-an akan setuju bahawa semasa Hari Merdeka, kami akan duduk depan televisyen dan tunggu ucapan Tun Mahathir.
"Itu kerana persepsi Tun sebagai bapa negara," kata Encik Jamil.
LEGASI BERANI TAMBAT RINGGIT MALAYSIA
Jika dibandingkan situasi di Malaysia sebelum dan selepas Dr Mahathir menggalas tanggungjawab memimpin negara, Encik Jamil akur, meskipun ekonomi Malaysia masih lagi membangun, kegiatannya semakin pesat, dengan adanya pelbagai peluang pekerjaan.
"Jadi semua yang telah kami alami atau nikmati pada saat ini adalah daripada zaman pentadbiran Tun Mahathir," ungkap Encik Jamil yang pernah berinteraksi dengan Dr Mahathir sewaktu belajar di Universiti Melbourne dahulu.
Antara keputusan penting yang pernah diambilnya demi menyelamatkan Malaysia ialah semasa krisis kewangan Asia pada 1997.
Ketika itu, muncul desakan agar Malaysia mendapatkan bantuan dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Dr Mahathir bagaimanapun menolaknya dan menambat Ringgit Malaysia kepada dolar Amerika Syarikat.
"Kalau kita fikir tentang krisis kewangan Asia 1997, beliau mengenakan kawalan modal dan menetapkan kadar pertukaran ringgit pada RM3.80 bagi setiap dolar Amerika.
"Langkah mengehadkan spekulasi mata wang ini menyelamatkan atau menstabilkan ekonomi negara," ujar Encik Jamil.
DR MAHATHIR TIDAK GENTAR KRITIK KUASA BESAR
Di pentas antarabangsa pula, Dr Mahathir disifatkan sebagai seorang pemimpin yang sangat berani menyuarakan kritikan terhadap kuasa-kuasa barat.
Antaranya, berhubung isu-isu yang dekat dengan dunia Islam.
"Beliau banyak mempertahankan misalnya isu Bosnia dan Palestin. Itu menjadi satu agenda dan beliau lantang menyuarakan di platform-platform global.
"Jadi beliau mahu dilihat sebagai pemimpin yang lantang, pemimpin dunia ketiga, pemimpin negara-negara Islam, bahawa beliau bukan hanya pemimpin Islam di Malaysia tetapi pemimpin Islam di peringkat antarabangsa.
"Ini mungkin gaya kepimpinan beliau dan juga kita melihat gaya yang sama diutarakan bagi memperjuangkan negara-negara dunia ketiga pada ketika itu," jelas Dr Norshahril.
Menurut Encik Jamil pula, lantaran lantangnya suara Dr Mahathir dalam menyentuh kuasa global orang Yahudi, sehingga "mendapat tepukan gemuruh daripada pemimpin dunia Islam", Dr Mahathir dikecam kuasa-kuasa Barat.
Beliau dikritik hebat oleh Washington dan Kesatuan Eropah (EU).
Tetapi langkah seumpama itu kata Encik Jamil, meningkatkan lagi legitimasi Malaysia dalam kalangan negara Islam dan blok berkecuali kerana mengambil langkah yang lain daripada yang lain.
"Mungkin ramai negara lain yang hendak bersuara, tapi mereka mungkin tiada platform ataupun tidak berani."
PENCETUS REJIM REALISME ASIA TIMUR
Di samping itu, Dr Mahathir turut memainkan peranan penting dalam memperluaskan pengaruh Malaysia dalam blok ASEAN.
Dr Norshahril menarik perhatian, Dr Mahathir dan juga pemimpin-pemimpin seangkatan dengan beliau membawa ASEAN menjadi satu kuasa yang lebih besar dan meningkatkan kolaborasi antara satu sama lain.
Ini bukan hanya untuk kepentingan keselamatan ataupun ketenteraan, tetapi juga pada sudut kerjasama dari sudut ekonomi.
Beliau juga menyuburkan perbincangan bantuan kendiri jelas Encik Jamil, yang akhirnya menghasilkan inisiatif Chiang Mai ataupun pertukaran mata wang ekoran Krisis Kewangan Asia antara tahun 1997 hingga 1998.
Negara-negara anggota termasuk China, Jepun dan Korea Selatan akan saling membantu satu sama lain sekiranya berdepan masalah kewangan.
"Daripada keputusan beliau ini, Malaysia dikenali sebagai pencetus rejim realisme Asia Timur yang lebih berdikari dan kurang bergantung kepada institusi Barat," tekan Encik Jamil.
Yang pasti, Dr Mahathir meninggalkan kesan yang mendalam dalam pelbagai sudut pembangunan Malaysia dan akan sukar diganti.

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.