analisisBERITA: Cabaran salurkan bantuan ke Gaza di tengah-tengah perang Israel-Hamas
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelbagai usaha mengumpul dana dan bantuan kemanusiaan diusahakan sebilangan pertubuhan demi meringankan beban penduduk Carikan Gaza.
Ini sedang serangan udara saban hari serta sekatan ketat yang dikenakan Israel menjejas pelbagai keperluan asas kehidupan.
Gaza di ambang krisis kemanusiaan cukup parah, dengan sekitar 1.4 juta penduduk kehilangan tempat tinggal setelah lebih 43 peratus unit perumahannya musnah akibat konflik.
Maka itu, kumpulan kemanusiaan berbilang agama tempatan Humanity Matters (HM) sedang membuat persiapan mengirim bekalan bantuan seberat lima tan dan bernilai $100,000 ke Gaza.

Persoalannya, bagaimana untuk menentukan, hanya bantuan yang benar-benar diperlukan dapat disalurkan ke Gaza, lebih-lebih lagi dengan pelbagai sekatan yang dikenakan?
Humanity Matters memilih untuk tidak sekadar menyalurkannya menerusi badan-badan antarabangsa.

Menurut Penasihat Khasnya Encik Hassan Ahmad, kos pentadbiran agak tinggi apabila bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan lain-lain lagi, jika dibandingkan dengan badan-badan setempat di mana tragedi berlaku.
Ini berdasarkan pengalaman beliau memimpin misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada tahun 2009, 2012 dan 2012.
"Pertama, kami dapat memastikan bahawa barang bantuan benar-benar sampai ke rakan kongsi atau rakan kerja kami di Mesir dan Gaza untuk dihulurkan kepada mangsa dan pelarian Gaza dan yang kedua, kami dapat mengenal pasti secara langsung dan secara peribadi tentang keperluan mereka yang terkini dan buat masa panjang," jelas Encik Hassan.
Lantaran itu, Humanity Matters akan mengirim pasukan bantuannya sendiri untuk memantau keadaan di lapangan.
"Ia dapat memberikan peluang kepada pasukan Singapura untuk mempelajari secara langsung cara-cara yang sesuai dalam mengendalikan bantuan kemanusiaan dalam sebuah situasi konflik, di mana ia berbeza dari operasi bantuan kemanusiaan buat bencana alam," ujar Encik Hassan.

PENTING UNTUK PANTAU SITUASI DI LAPANGAN
Berdasarkan pengalaman dan pemantauan Encik Hassan, amat penting bagi kumpulan-kumpulan bantuan kemanusiaan untuk mengawasi situasi di lapangan secara berterusan dan juga bekerjasama dengan badan-badan setempat untuk mendapatkan maklumat yang terkini, lebih-lebih lagi berhubung isu keselamatan.

"Sewaktu kami di sana dulu, kami tinggal di Hospital Al Quds di mana bekalan elektrik dipotong atau disekat," jawab Encik Hassan apabila ditanya tentang pengalaman semasa memimpin misi bantuan ke Gaza pada tahun-tahun sebelum ini.
Namun, beliau mengatakan bahawa krisis kali ini lebih genting.
"Kami telah membuat banyak perancangan dengan rakan kami di Kaherah, Ramallah dan juga di Gaza agar barang bantuan yang akan kami bawa kali ini dari Singapura dapat disalurkan dengan lancar," jelasnya.
Ini berkat usaha membina hubungan kerja yang baik dan erat dengan kumpulan-kumpulan bantuan setempat sejak lebih sedekad lalu.

BARANG YANG DIBAWA AKAN TENTUKAN KEUTAMAAN
Selain itu, Encik Hassan menjangkakan kebanyakan cabaran yang bakal dihadapi pasukannya adalah dari sudut urusan pentadbiran.
Bila ditanya mengenai kemungkinan akan ada sekatan-sekatan di lintasan Rafah yang boleh menghalang pasukannya dari memasuki Carikan Gaza, berikut jawapan beliau.
"Barang bantuan yang kami bawa ke tempat-tempat terjejas akan menentukan keutamaan untuk masuk ke tempat-tempat tersebut," jelasnya.
Ini bermakna, sekiranya sesebuah pasukan bantuan membawa barang-barang yang sedang kekurangan, ia akan diutamakan dan sekaligus memudahkannya untuk masuk.
Oleh itu, adalah penting bagi pasukan bantuan untuk menjalin rangkaian yang baik untuk mendapatkan maklumat yang tepat di lapangan.
Dengan cara pemikiran ini juga, pihak Humanity Matters mengambil keputusan untuk mengirim 5,000 tong air 'jerry can' ke Gaza bagi memudahkan penduduk menyimpan air.
"Sebut sahaja air, semua orang ingin bekalkan air, tetapi tiada yang sediakan tong untuk simpan air. Jadi bagaimana hendak mengambil air itu," kata Encik Hassan yang menceritakan maklumat yang beliau terima daripada masyarakat setempat di Gaza.
ACARA BUNGKUS BARANG-BARANG BANTUAN
Sebelum berangkat ke Gaza, lebih 100 sukarelawan akan bersama Humanity Matters untuk membungkus barang-barang bantuan yang dikirimkan.
Mereka terdiri daripada anggota pelbagai pertubuhan agama di Singapura dan juga di badan-badan akar umbi.
"Ramai di antara kami yang merasa sedih atas situasi kemanusiaan di Gaza dan pihak Humanity Matters berharap usaha membungkus bekalan bantuan ini dapat menjadi sebuah wadah bagi rakyat Singapura yang berbilang agama, bangsa dan juga pandangan agar mereka dapat bersatu dan berganding bahu demi keihsanan bagi kemanusiaan," ujar Encik Hassan.
Menurut rencana, pasukan bantuan Humanity Matters yang dipimpin Encik Hassan dijadual berangkat ke Gaza menerusi Kaherah, Mesir.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.