Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak ugut sembelih ibu kandung kerana tidak diberi wang

Seorang anak mengugut untuk membunuh ibu kandungnya kerana tidak diberikan wang seperti yang diminta dalam satu kejadian pada Selasa (11 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Anak ugut sembelih ibu kandung kerana tidak diberi wang

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 12 Jun 2019 12:31AM Dikemas Kini : 12 Jun 2019 12:35AM

BATU GAJAH: Seorang anak mengugut untuk membunuh ibu kandungnya kerana tidak diberikan wang seperti yang diminta dalam satu kejadian pada Selasa (11 Jun).

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Ahmad Adnan Basri berkata suspek berumur 33 tahun, anak bongsu daripada lima beradik mengugut untuk membunuh ibunya yang berusia 71 tahun di rumah mereka di Kampung Ara Payong di sini.

"Suspek telah meminta wang dan apabila ibunya enggan memberikan, suspek telah mengugut untuk menyembelih ibunya.

“Mangsa yang ketakutan kemudian keluar dari rumah dan meminta pertolongan daripada jiran dan membuat aduan di Balai Polis Batu Gajah," kata ACP Ahmad Adnan dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bertindak atas maklumat sepasukan polis daripada Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah menangkap suspek di rumahnya Selasa kira-kira pukul 4.00 petang.

ACP Ahmad Adnan berkata suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap juga terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan ugutan bunuh itu merupakan kali kedua tahun ini.

Kejadian pertama, katanya, berlaku sebelum bulan Ramadan lepas namun tiada sebarang aduan polis dibuat.

Menurutnya suspek didapati positif dadah jenis MOP dan turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.  

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan