Anak tiri Putera Mahkota Norway didapati bersalah atas dakwaan merogol dan keganasan rumah tangga; dijatuhkan hukuman penjara empat tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Marius Borg Hoiby di Oslo pada 2022. (Gambar: AFP/Hakon Mosvold Larsen)
OSLO: Anak tiri Putera Mahkota Norway Haakon didapati bersalah pada hari Isnin (15 Jun) atas dakwaan merogol dan keganasan rumah tangga serta dijatuhkan hukuman penjara empat tahun selepas perbicaraan selama tujuh minggu yang mencalarkan imej keluarga diraja yang dahulunya sempurna.
Mahkamah Oslo memutuskan bahawa Marius Borg Hoiby, yang menyertai keluarga diraja apabila ibunya Mette-Marit berkahwin dengan Putera Haakon pada 2001, bersalah atas dua pertuduhan rogol termasuk satu di ruang bawah tanah kediaman putera mahkota.
Dia dibebaskan daripada dua pertuduhan rogol yang lain.
Hoiby, 29, telah mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan paling serius terhadapnya, termasuk tuduhan rogol, sambil mengakui beberapa tuduhan yang lebih ringan, dan boleh membuat rayuan terhadap keputusan itu.
Pendakwa raya telah menuntut hukuman penjara tujuh tahun dan tujuh bulan.
Kes ini telah mendedahkan ketagihan dadah Hoiby, video buatan sendiri mengenai pertemuan seksual dan lebih daripada 800 mesej elektronik yang dikemukakan sebagai bukti.
"Mahkamah mendapati terbukti dia tidak dapat menentang tindakan itu," kata Hakim Mahkamah Daerah Oslo Jon Sverdrup Efjestad mengenai rogol di kediaman putera mahkota, semasa membacakan keputusan.
Hoiby menyaksikan keputusan itu melalui pautan video dari penjara tetapi tidak dapat dilihat atau didengari di dalam bilik mahkamah.
MANGSA MENANGIS DI MAHKAMAH
Hanya seorang daripada wanita yang menuduhnya merogol berada di mahkamah untuk mendengar keputusan itu. Dia menangis selepas hakim berkata Hoiby bersalah merogolnya dan mengelap matanya dengan tisu yang diberikan oleh peguamnya.
Tindakan Hoiby telah seterusnya mencalarkan populariti dan imej awam keluarga diraja Norway yang dahulunya sangat positif.
Ia bertepatan dengan permohonan maaf Puteri Mahkota Mette-Marit atas "pertimbangan yang lemah" dalam mengekalkan hubungan dengan pesalah seks Amerika Syarikat yang sudah meninggal dunia Jeffrey Epstein selepas dia disabitkan kesalahan pada 2008.
Tinjauan Norstat yang dikeluarkan pada 21 Februari - semasa perbicaraan - menunjukkan merosotnya bilangan rakyat Norway yang menyokong pengekalan keluarga diraja kepada paras terendah rekod sebanyak 60%, daripada 70% pada Januari, dan peningkatan kepada 27% daripada 19% bagi mereka yang mahukan sistem tadbir urus yang berbeza.
Pada Mei, keluarga diraja pulih sedikit dari segi populariti, dengan 64% yang ditinjau oleh Norstat menyokong monarki dan 23% mahukan sistem tadbir urus yang berbeza.
Keputusan itu disampaikan di tengah-tengah keadaan peribadi yang sukar bagi Mette-Marit, ibu Hoiby, yang memerlukan pemindahan paru-paru untuk fibrosis pulmonari.

Sumber : Reuters/AA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.