Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak tentera maut selepas terjatuh dari tingkat 3 kediaman

Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah blok Rumah Keluarga Angkatan Tentera di Kem Wardieburn, Setapak di Kuala Lumpur semalam (19 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Anak tentera maut selepas terjatuh dari tingkat 3 kediaman

Tragedi berlaku di sebuah blok Rumah Keluarga Angkatan Tentera di Kem Wardieburn, Setapak di Kuala Lumpur. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 20 Nov 2018 08:08AM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 08:14AM

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah blok Rumah Keluarga Angkatan Tentera di Kem Wardieburn, Setapak di Kuala Lumpur semalam (19 Nov).

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.15 petang itu, Muhammad Harith Hazim Abdul Malik, 6 tahun, yang merupakan anak anggota tentera, dikatakan memanjat dinding di tingkat tiga. Allahyarham dipercayai melakukan demikian untuk mengambil mainan yang berada pada kajang tingkap sebuah unit kediaman di tingkat dua, sebelum terjatuh ke bawah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Noor Azmi Yusoff, berkata bapa mangsa segera turun ke bawah sebaik dimaklumkan oleh anak perempuannya dan mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah di kepala serta tidak sedarkan diri.

“Beliau kemudian membawa anaknya ke klinik di dalam kem tersebut sebelum pihak klinik menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya ketika dihubungi agensi berita Bernama semalam (19 Nov).

Encik Noor Azmi berkata mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di Bahagian Kecemasan Zon Merah HKL.

Menurut beliau, jenazah mangsa dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) dan pemeriksaan ke atas tubuh badannya mendapati tiada sebarang unsur jenayah manakala sebab kematian adalah kecederaan di kepala akibat jatuh dari tempat tinggi.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan