Skip to main content

Dunia

Anak sulung Raja Thai dimasukkan ke hospital selepas rebah

Anggaran Waktu Membaca:
Anak sulung Raja Thai dimasukkan ke hospital selepas rebah

Puteri Thailand Bajrakitiyabha Narendira Debyavati, anak sulung Raja Maha Vajiralongkorn. (Gambar fail: AP Photo/Ronald Zak)

BANGKOK: Puteri Thailand Bajrakitiyabha Narendira Debyavati, anak sulung Raja Maha Vajiralongkorn, dimasukkan ke hospital disebabkan oleh masalah jantung. Keadaannya sudah kembali stabil pada tahap tertentu, lapor Istana Diraja pada Khamis (15 Dis).

Puteri Bajrakitiyabha, 44 tahun, jatuh sakit setelah tidak sedarkan diri pada awal Rabu (14 Dis) di timur laut wilayah Nakhon Ratchasima semasa beliau sedang melatih anjing-anjingnya. Beliau sedang dirawat di sebuah hospital tempatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak istana, beliau dibawa ke Bangkok menaiki helikopter selepas keadaannya stabil pada tahap tertentu.

Puteri tersebut merupakan salah satu daripada tiga anak Raja Vajiralongkorn yang mempunyai gelaran rasmi, sekali gus menjadikannya layak untuk naik takhta di bawah Undang-Undang Pewarisan Takhta 1924.

Beliau juga merupakan satu-satunya anak Raja Vajiralongkorn daripada perkahwinan pertamanya dan menerima pendidikan di Thailand, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), di mana beliau memperolehi ijazah kedoktoran dalam jurusan undang-undang dari Universiti Cornell.

Dari tahun 2012 sehingga 2014, beliau adalah Duta Thailand ke Austria dan pernah berkhidmat dalam misi tetap kerajaan Thailand di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita