Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak Saifuddin Nasution disiasat polis, terlibat ugutan jenayah

Anggaran Waktu Membaca:
Anak Saifuddin Nasution disiasat polis, terlibat ugutan jenayah

Gambar: Facebook/Saifuddin Nasution Ismail

SEPANG: Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sepenuhnya ke atas kes ugutan jenayah yang didakwa melibatkan anaknya.

Beliau berkata semua rakyat Malaysia termasuklah anaknya tidak kebal daripada undang-undang.

"Anak saya tidak mengatasi undang-undang, kalau ada laporan ke atasnya, tanggungjawab polis untuk menyiasat setelusnya dan seadilnya. 

"Merujuk kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini, kertas siasatan sudah disempurnakan dan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

"Biarkan proses mengambil tempat tapi prinsip yang saya pegang adalah semua kita ini tidak kebal undang-undang, tidak mengatasi undang-undang termasuk anak saya sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi tinjauan Gate Kod QR MyBorderPass dan Sistem Smart Q Bersama Media di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Sabtu (11 Jan).

Khamis (9 Jan) lalu, Encik Razarudin dilaporkan berkata polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah dikaitkan dengan anak seorang menteri seperti yang tular di laman media sosial, dan siasatan kes itu sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Isnin (5 Jan) lalu untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan