Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak perempuan Duterte angkat sumpah jawatan Naib Presiden Filipina

Anggaran Waktu Membaca:
Anak perempuan Duterte angkat sumpah jawatan Naib Presiden Filipina

(Gambar: Ferdinandh Cabrera/AFP)

MOSCOW: Sara Duterte-Carpio, anak perempuan Presiden Filipina Rodrigo Duterte, mengangkat sumpah jawatan  sebagai naib presiden ke-15 negara itu pada Ahad (19 Jun) menyusuli kemenangannya dalam pilihan raya pada 9 Mei lalu. 

"Suara 32.2 juta rakyat Filipina lantang dan jelas, dengan mesej untuk berkhidmat kepada tanah air kami dan mesej ini ditegaskan lagi dalam ikrar saya untuk berbakti kepada negara saya," katanya di majlis yang diadakan di bandar asalnya, Davao, lapor agensi berita Sputnik. 

Cik Duterte-Carpio, 44 tahun, yang dahulu bertugas sebagai seorang peguam mengangkat sumpah jawatan dengan meletakkan tangannya di atas kitab Injil di hadapan seorang hakim bersekutu Mahkamah Tinggi. 

Beliau akan meletak jawatan sebagai Datuk Bandar Davao untuk menggalas tugas barunya itu pada 30 Jun, iaitu hari yang sama Encik Ferdinand Marcos Jr akan mengangkat sumpah sebagai presiden baru Filipina. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan