Skip to main content

Dunia

Anak penggal kepala ibu di Australia

Seorang wanita warga Australia yang didakwa atas tuduhan membunuh dihantar untuk menjalani penilaian perubatan berikutan laporan bahawa dia memenggal kepala ibunya dan meninggalkan kepala mangsa di luar rumah seorang jiran.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak penggal kepala ibu di Australia

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Jul 2019 08:52AM Dikemas Kini : 22 Jul 2019 08:55AM

SYDNEY: Seorang wanita warga Australia yang didakwa atas tuduhan membunuh dihantar untuk menjalani penilaian perubatan berikutan laporan bahawa dia memenggal kepala ibunya dan meninggalkan kepala mangsa di luar rumah seorang jiran.

Menurut polis, mayat wanita berusia 57 tahun itu ditemui dalam rumahnya pada Sabtu malam (20 Jul) dalam apa yang disifatkan sebagai tapak jenayah ‘paling kejam’ yang pernah disaksikan.

Anak perempuan mangsa berusia 25 tahun, diberkas di taman seorang jiran selepas didakwa meletakkan kepala ibunya di kawasan laman rumah tersebut, lapor akhbar Daily Telegraph.

Agensi berita ABC menyatakan tertuduh dihadapkan di Mahkamah Ikat Jamin Parramatta menerusi persidangan video pada Ahad (21 Jul), memberitahu mahkamah bahawa dia memerlukan rawatan perubatan.

Polis mengesahkan wanita itu dihantar ke hospital untuk penilaian perubatan. ABC menambah, wanita itu bagaimanapun tidak memohon untuk diikat jamin.

Menurut para pegawai, seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang menyaksikan insiden tersebut, dirawat di hospital akibat kecederaan ringan di kepalanya. Dia sudah dibenarkan pulang bersama keluarganya.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita