Skip to main content

Dunia

Anak nelayan ini kongsi cara pilih ketam padat isi

Anggaran Waktu Membaca:

SELANGOR: Jika anda mempunyai hasrat untuk membeli ketam, perlulah tahu serba sedikit petua untuk mendapatkan ketam yang padat isinya, barulah puas hati makan.

Lebih-lebih lagi kalau dapat ketam yang bertelur, memang bertuah sangat sebab bukan selalu perkara itu berlaku. Harga ketam bukannya murah, kalau terbeli yang tiada isi mesti kecewa jadinya bukan?

“Adalah sikit-sikit saya tahu berkenaan ikan, udang dan ketam ni. Mungkin ada lagi yang lebih arif. Ayah saya yang beritahu semua tu.. Kalau berkesan, kita boleh simpan dan jadikan ilmu,”kata Siti Aminah Yousiff, seperti dinukil KeluargaMY.

CARA PILIH KETAM

1 : Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih tu berat, saiz yang kecil tidak apa, yang penting, ia berat
Related article image
Gambar: KeluargaMY
2 : "Ketam jantan bentuk 3 seginya kecil, ketam betina 3 seginya besar.. Jadi kalau nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina. Ketam betina isi lebih manis dan sedap. Saya kalau tak ada ketam betina memang saya tak beli," tambahnya, menurut KeluargaMY.
Related article image
Gambar: KeluargaMY
3 : Pastikan tempat yang ditandakan itu berwarna kuning atau oren. Ini menunjukkan bahawa ketam itu memang ada telur dan isinya padat.
 
Related article image
Gambar: KeluargaMY
4 : Ini hasil ketam tersebut setelah dicuci dan dibersihkan.
Related article image
Gambar: KeluargaMY
5: Kesemua ketam yang dipilih Cik Siti Aminah padat isinya. Ikutilah petua-petua yang diberikan untuk mendapat hasil yang sama!
Related article image
Gambar: KeluargaMY
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita