Anak Najib Razak, Nooryana Najwa bakal bertanding jawatan Exco Puteri UMNO
Anggaran Waktu Membaca:
Anak Najib Razak, Nooryana Najwa. (Gambar fail: Bernama)
JOHOR BAHRU: Anak Najib Razak, Nooryana Najwa bakal bertanding jawatan Exco Puteri UMNO pada pemilihan parti kali ini.
Menerusi satu catatan di Facebook, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi mengesahkan perkara berkenaan.
"Hari ini, Yana Najib (Nooryana Najwa) datang berkunjung ke pejabat saya, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit di Taman Rengit.
"Beliau datang dengan Dr Masliha Harun, calon Ketua Puteri UMNO. Yana pula akan bertanding EXCO Puteri UMNO. Selamat maju jaya," tulisnya, dipetik daripada laporan Sinar Harian.
Cik Nooryana yang juga ahli UMNO Lembah Pantai, dilaporkan aktif membantu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, antaranya di Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Johor.
Pada 29 Januari lalu, agensi berita Sinar Harian melaporkan anak mantan Perdana Menteri Najib Razak, Mohd Nazifuddin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti akan datang.
Encik Mohd Nazifuddin yang merupakan ahli UMNO Bahagian Langkawi berkata, beliau ingin membantu sayap itu bagi menarik golongan muda agar dapat bersama-sama memperkukuhkan perjuangan parti.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.