Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak Najib Razak ketua baru UMNO Langkawi

Anggaran Waktu Membaca:
Anak Najib Razak ketua baru UMNO Langkawi

Mohd Nazifuddin Mohd Najib. (Gambar fail: Facebook/Nazif Najib)

KUALA LUMPUR: Mohd Nazifuddin Najib kini ketua UMNO Bahagian Langkawi yang baru.

Menurut sumber, anak kepada bekas perdana menteri itu memenangi pertandingan jawatan berkenaan dengan 12 undi.

Sebelum ini, Encik Nazifuddin kalah dalam perebutan ketua Pemuda UMNO kepada Dr Muhamad Akmal Saleh yang memenangi jawatan itu dengan 122 undi dalam pertarungan empat penjuru, dipetik agensi berita Malaysiakini.

Sementara itu, Md Alwi Che Ahmad pula menang jawatan ketua UMNO Bahagian Ketereh tanpa bertanding, lapor Berita Harian.

Menurut laporan Malaysiakini, beliau menggantikan Encik Annuar Musa yang dipecat daripada UMNO pada Disember lalu.

Encik Md Alwi sebelum ini adalah naib ketua bahagian itu.

Dilaporkan Encik Azmi Ishak menang pertandingan naib ketua UMNO Bahagian Ketereh.

Encik Afiq Amani, anak kepada Encik Annuar menang jawatan ketua Pemuda UMNO Ketereh tanpa bertanding.

Cik Sabariah Hamzah mengekalkan jawatannya sebagai ketua wanita UMNO Ketereh manakala Cik Rabiatul Adawiah Mohamed menjadi ketua Puteri UMNO bahagian itu, lapor agensi berita Malaysiakini.

Cik Marzuani Ardilla Ariffin, yang merupakan calon UMNO Ketereh pada PRU15 menang jawatan sebagai naib ketua Puteri UMNO bahagian itu.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan