Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak menteri India ditahan kes bunuh di tunjuk perasaan petani

Anak lelaki seorang menteri India ditahan atas tuduhan membunuh, menurut polis pada Ahad (10 Okt), seminggu selepas kematian lapan orang penunjuk perasaan mencetuskan kemarahan di seluruh negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak menteri India ditahan kes bunuh di tunjuk perasaan petani

Gambar fail tunjuk perasaan di India setelah beberapa petani yang lakukan bantahan mati dilanggar pada awal Oktober 2021. (Gambar: Reuters/Anushree Fadnavis)

Diterbitkan : 10 Oct 2021 07:57PM Dikemas Kini : 10 Oct 2021 08:06PM

NEW DELHI: Anak lelaki seorang menteri India ditahan atas tuduhan membunuh, menurut polis pada Ahad (10 Okt), seminggu selepas kematian lapan orang penunjuk perasaan mencetuskan kemarahan di seluruh negara.

Ashish Mishra ditangkap di Uttar Pradesh lewat semalam berhubung insiden di daerah Lakhimpur Kheri, di mana petani menunjuk perasaan membantah perundangan berkaitan perusahaan pertanian negara.

Kumpulan petani mendakwa sebuah konvoi milik Mishra dan bapanya, menteri muda di kementerian ehwal dalam negeri, Ajay Mishra, melanggar empat peserta tunjuk perasaan sekali gus menyebabkan mereka terbunuh.

Kejadian itu mengundang kemarahan peserta tunjuk perasaan yang kemudian membakar beberapa kerta. Empat lagi orang dikatakan terbunuh termasuk seorang pemandu dan seorang wartawan dalam keganasan yang berlanjutan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Upendra Kumar Agrawal, Mishra ditahan atas dasar tidak memberikan kerjasama dan mengelak memberi jawapan ketika disoal siasat.

Mishra dijadual dihadapkan ke mahkamah esok dan pertuduhan rasmi harus difailkan dalam tempoh 90 hari.

Mishra dan bapanya setakat ini menafikan pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

Mahkamah Tinggi India, Jumaat lalu dilaporkan tidak berpuas hati dengan siasatan polis berhubung kes terbabit dan mempersoalkan mengapa polis belum menahan Mishra.

Kejadian itu adalah yang paling berdarah sejak kumpulan petani mula berhimpun di kawasan luar ibu kota New Delhi pada November lalu menuntut pemerintah memansuhkan undang-undang tersebut.

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan