Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak meninggal dunia akibat lemas di Switzerland, Gabenor Jawa Barat reda

Anggaran Waktu Membaca:

BANDUNG: Keluarga Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil sudah reda dan menerima bahawa anak mereka, Emmeril Kahn Mumtadz (Eril) yang hilang di Sungai Aare, Bern, Swiss, meninggal dunia akibat lemas.

Perkara itu disampaikan oleh abang Encik Ridwan, Erwin Muniruzaman dalam sidang media di Gedung Pakuang, Bandung pada Jumaat (3 Jun), lapor Astro AWANI.  

Menurutnya, sebelum memaklumkan bahawa Eril sudah meninggal dunia, keluarganya sudah sedaya-upaya menjalankan usaha pencarian.

“Keluarga melihat, menilai dan menyemak seluruh proses yang dilakukan dalam pencarian Eril di Sungai Aare, Switzerland.

“Pihak berkuasa juga sudah melakukan pencarian khusus bagi mencari Eril.

“Melihat perkara itu, Ridwan dan isteri, Atalia Praratya mengatakan bahawa mereka ikhlas dan yakin bahawa Eril sudah meninggal dunia akibat lemas,” katanya seperti dilaporkan Kompas.com.

Astro AWANI pada Sabtu lalu (28 Mei) melaporkan pihak berkuasa Switzerland meneruskan misi mencari Eril, anak kepada Gabenor Jawa Barat, Encik Ridwan Kamil yang dipercayai dihanyutkan arus ketika berenang di Sungai Aare pada 26 Mei lalu.

Jurucakap polis, Joel Regli dipetik agensi AP sebagai berkata, Eril dipercayai hilang pada pagi Khamis (26 Mei) sewaktu sedang berenang bersama adiknya Camillia Laetitia Azzahra, dan teman mereka, di sungai berkenaan, yang terletak berdekatan pusat bandar.

Anak sulung Encik Ridwan itu berada di Switzerland bersama keluarganya untuk mencari institut pendidikan bagi melanjutkan pendidikannya sehingga ke tahap sarjana.

Sumber : Agensi berita/NY/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan