Skip to main content

Dunia

Anak masalah mental kelar leher bapa

Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental bertindak mengelar leher bapanya dengan sebilah pisau sehingga cedera di tengkuk dan telinga, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafee Abdul Samad hari ini (9 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Anak masalah mental kelar leher bapa

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 09 Apr 2019 10:19PM Dikemas Kini : 09 Apr 2019 10:21PM

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental bertindak mengelar leher bapanya dengan sebilah pisau sehingga cedera di tengkuk dan telinga, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafee Abdul Samad hari ini (9 Apr).

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.20 malam Ahad lepas, sewaktu mangsa berumur 48 tahun itu sedang makan malam di dapur rumah mereka di Sungai Chenaam di sini, apabila anaknya yang berusia 22 tahun itu datang dengan sebilah pisau sepanjang 40 sentimeter dan mengelarnya.

"Kejadian disedari isteri mangsa berusia 45 tahun yang menemui suaminya dalam keadaan berlumuran darah dan membawanya ke Hospital Parit Buntar, Perak, di mana mangsa menerima 10 jahitan kerana kecederaan itu," kata isterinya.

Beliau berkata mangsa seterusnya dipindahkan ke Hospital Taiping, Perak untuk pemerhatian lanjut, sementara suspek ditahan pada hari yang sama sudah direman empat hari untuk siasatan mengikut Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda-benda lain yang berbahaya.

Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman itu.

Supt Shafee berkata siasatan awal mendapati suspek mengalami masalah mental, sering mengalami gangguan halusinasi, dan dikatakan terdengar bisikan yang membuatkan dia berasa marah, lalu mengambil sebilah pisau dan terus menyerang mangsa.

Katanya lelaki yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu pernah menjalani pemeriksaan dan rawatan kemurungan di Hospital Bukit Mertajam pada September 2014, dan dibekalkan ubat penenang, tetapi tidak dibawa untuk rawatan lanjut kerana dikatakan tidak berlaku perubahan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita