Skip to main content

Dunia

Anak mantan Menteri Ekonomi Malaysia diserang di pusat beli-belah Putrajaya

Anggaran Waktu Membaca:
Anak mantan Menteri Ekonomi Malaysia diserang di pusat beli-belah Putrajaya
Mantan Menteri Ekonomi Malaysia Rafizi Ramli. (Gambar fail: Bernama)
Diterbitkan : 13 Aug 2025 10:17PM Dikemas Kini : 13 Aug 2025 10:18PM
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan anak mantan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada petang Rabu (13 Ogos).

Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.00 petang di kawasan mengambil dan menurun penumpang. 

“Kejadian tersebut berlaku...ketika mangsa dilaporkan bersama ibunya dan pemandu mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Encik Shazeli berkata mangsa ialah seorang kanak-kanak lelaki dan kini masih dalam pemeriksaan lanjut di sebuah hospital di Selangor. 

Beliau berkata siasatan masih dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian.

Sementara itu, Encik Rafizi mengesahkan kejadian terbabit melibatkan anaknya.

“Sekitar 1.45 tengah hari, semasa anak dan isteri saya memasuki kereta untuk meninggalkan sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, secara tiba-tiba seorang lelaki mengheret anak saya dan mencucuknya dengan jarum suntikan,” katanya dalam catatannya di Facebook.

Beliau mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal dan mengekori kereta isterinya.

“Anak saya telah dibawa ke Hospital UPM (Universiti Putra Malaysia) untuk rawatan. Pihak polis juga telah berada di tempat kejadian sejurus kejadian. Saya dan keluarga saya telah pun memberi kenyataan kepada pihak polis,” katanya.

Encik Rafizi berkata kejadian seumpama itu adalah insiden pertama yang menimpa keluarganya sepanjang beliau menjadi ahli politik.
Sumber : Bernama/IM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita