Anak lelaki, menantu pengasas Al-Arqam didakwa kes hina Islam, fatwa Mufti Melaka
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
AYER KEROH: Anak lelaki dan menantu pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah pada Khamis (19 Dis), atas pertuduhan cuba dan bersubahat menghina Islam dengan memiliki tiga penerbitan difatwakan haram oleh Mufti Melaka, pada September lalu, lapor BH Online.
Muhammad 'Athoullah Ashaari, 39 tahun dan isteri, Ummu Habibah Raihan, 41 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Yunus Mohamad Zin.
Menurut laporan BH Online, berdasarkan pertuduhan, Muhammad 'Athoullah didapati memiliki buku berjudul Politik Islam Membawa Kasih Sayang dan Pendidikan Rasulullah serta satu bingkai bergambar Ashaari.
Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah (EKS) Negeri Melaka (1991) iaitu cuba menghina Islam dengan cara menghina fatwa dikeluarkan mufti melalui
warta bertarikh 11 Ogos 1994 dan 2 Ogos 2007.
Ummu Habibah pula didapati bersubahat dengan kesalahan dilakukan Muhammad 'Athoullah apabila menyimpan bahan penerbitan berkenaan dan didakwa mengikut Seksyen 37 EKS Negeri Melaka 1991 yang dibaca bersama Seksyen 63 enakmen sama.
Kesalahan dilakukan di sebuah rumah Taman Ayer Molek Perdana, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, pada 21 September lalu jam 1.15 tengah hari.
Sabit kesalahan tertuduh boleh didenda maksimum RM5,000 (S$1,522) atau dipenjara maksimum 36 bulan atau kedua-duanya.
Mahkamah menetapkan kes untuk sebutan semula pada 13 Februari 2025 dan membenarkan kedua-dua tertuduh dijamin RM3,000 (S$913) atau dengan dua penjamin masing-masing selepas dipohon Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Melaka, Atras Mohamad Zin.
Terdahulu, pendakwaan memaklumkan pihaknya akan mengemukakan 14 pertuduhan pada Khamis terhadap lapan orang yang disyaki (OYDS) iaitu tiga anak lelaki Ashaari dan lima menantunya yang ditahan menerusi Op Global pada 21 September lalu.
Namun, seorang OYDS tidak hadir kerana sedang berpantang.
Mahkamah menangguhkan pertuduhan terhadap semua enam OYDS pada 13 Februari depan serta menetapkan jaminan sama.
Peguam Syarie, Mohd Hafizuddin Ahmad Mispha dan Mohd Faizal Mohamad mewakili semua tertuduh tidak membantah permohonan itu.

Sumber : Agensi berita/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.