Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak kapal SpaceX NASA selamat pulang selepas misi 5 bulan

Anggaran Waktu Membaca:
Anak kapal SpaceX NASA selamat pulang selepas misi 5 bulan

(Gambar: AFP/Getty Images North America)

WASHINGTON: Empat anak kapal di kapsul SpaceX NASA kembali dengan selamat pada Sabtu (11 Mac) selepas misi selama lima bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Video secara langsung disiarkan oleh agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) saat mereka mendarat.

Kapsul Endurance Spacex membawa angkasawan Jepun, Kaichi Wakata, Anna Kikina dari Rusia dan dua angkasawan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), Nicole Mann dan John Cassada.

Ia mendarat di Teluk Mexico sejurus selepas pukul 9.00 malam waktu AS (0200 GMT) dekat pantai barat Florida.

Pasukan Crew-5, dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida, pada awal Oktober 2022 dan merupakan misi kelima di angkasa buat Encik Wakata.

Ia merupakan misi pertama bagi Encik Cassada, Cik Kikina dan Cik Mann yang menjadi wanita orang asli Amerika pertama berada di angkasa, kata NASA.

Sebelum meninggalkan ISS, pasukan Crew-5 bertemu dengan Crew-6 yang akan menggantikan mereka.

Crew-6 berlepas dari Cape Canaveral pada 1 Mac.

Kurang seminggu sebelum itu, roket Soyuz dilancarkan dari Kazakhstan untuk berfungsi sebagai pengganti MS-22, sebuah lagi kapal Rusia yang rosak semasa dipasang pada ISS.

Tiga anggota MS-22, seorang warga Amerika dan dua warga Rusia, pada asalnya dijadualkan pulang pada akhir Mac selepas kira-kira enam bulan berada di angkasa, tetapi kini akan tinggal selama hampir setahun.

Kerjasama di ISS menjadi antara satu-satunya bidang di mana AS dan Rusia terus bekerjasama sejak Rusia menyerang Ukraine hampir setahun lalu.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan